Umum tahu Malaysia sememangnya lubuk buat warga asing mencari rezeki. Lambakan syarikat yang menawarkan pekerjaan beserta tempat tinggal buat golongan ini antara yang menarik minat warga asing berkhidmat di Malaysia. Malah, tidak mengejutkan apabila sudah terdapat warga asing yang sudah membina keluarga di Malaysia.

Di sebalik lambakan kerja di Malaysia, keadaan dan tempat tinggal bagi golongan ini nyata turut mengejutkan ramai apabila didapati golongan ini sekadar ditempatkan di dalam sebuah kontena yang berbau hancing dan hapak.

61608522794_freesize
Sumber: Astro Awani

Menerusi lawatan mengejut oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, beliau nyata terkejut dengan tempat tinggal pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan di Batu 9, Kajang. Menurut beliau, keadaan tempat tinggal golongan pekerja ini tidak asing seperti keadaan Malaysia sewaktu dijajah British sebelum kemerdekaan.

“Saya sebagai menteri amat malu melihat keadaan seperti ini yang cukup teruk yang saya lihat setakat ini. “Saya memberi amaran keras kepada majikan-majikan supaya mematuhi akta sedia ada dalam mengendali pekerja warga asing,” katanya kepada pemberita selepas operasi mengejut yang dijalankan.

81608522961_freesize
Sumber: astro awani

Berdasarkan laporan Astro Awani, seramai 781 pekerja warga asing dan 22 pekerja tempatan telah ditempatkan dalam kontena yang diubah suai menjadi kemudahan penginapan. Para pekerja dikatakan seolah ‘disumbat’ dalam satu kawasan sempit dan berbau hancing dan hapak.

Berdasarkan keadaan yang dilihat, Datuk Seri M Saravanan memilih untuk menjalankan operasi mengejut di seluruh negara.

Tular pada minggu lalu apabila pengasas Top Glove berjaya mengaut untung besar setelah menerima dividen sebanyak RM490 juta.

Pengasas Top Glove Untung Besar, Bakal Terima Dividen Sebanyak RM490 Juta

Tak Jaga Kebajikan Pekerja, Kerajaan Buka 19 Kertas Siasatan Terhadap Top Glove

Sumber