Peminat IKEA pasti sukakan idea ini, terutama bagi mereka yang mempunyai ruang simpanan terhad. Hanya dengan 7 buah kabinet SEKTION dari IKEA dan Haggeby bagi penutup kabinet, Chris telah mengubahnya menjadi platform katil queen siap dengan ruang simpanan di bawah tilam.

Baca: Wanita Ini Berjaya Menukarkan Bilik Tidur Anda Menjadi Apartment Mikro Yang Sungguh Praktikal

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kos keseluruhan ialah $480, dibahagikan kepada $355 kabinet, $85 lumbers dan $40 paneling, permaidani dan tombol kabinet.

Ikuti langkah-langkah berikut bagi memiliki sebuah platform katil buatan sendiri:

1. Draf saiz dan penetapan tempat letak katil dan kabinet-kabinet.

2. Pastikan memasang ketujuh-tujuh kabinet dengan betul dan kukuh.

Jangan pasang pintu kabinet pada fasa ini.

3. Apabila sudah siap, susun kabinet-kabinet mengikut penetapan di nombor (1).

Pastikan di bawah kabinet dilapikkan dengan bahan anti-slip agar kedudukannya tidak berganjak. Malah kabinet akan sedikit tinggi dari aras lantai dan memudahkan pintu ditutup.

4. Skru kabinet-kabinet tersebut. Jangan guna gam kerana sukar untuk ditanggalkan apabila mahu pindah kelak.

5. Ukur pula kerangka untuk katil. Kemudian skru ke dinding untuk lebih kukuh dan stabil. Jika tidak mahu tebuk dinding, boleh buat free standing. Pastikan asasnya kuat dan teguh.

Baca: Lihat Bagaimana Meja Lama Ini Diubah Nasibnya Menjadi Sebuah Katil
6. Kemudian, perkemaskan bahagian yang terdedah dengan lebihan papan kadbod.

7. Pasang tulang kerangka di bahagian tengah.

Ini perlu dikerjakan berhati-hati kerana bahagian ini akan menerima tekanan berat yang paling tinggi berbanding struktur lain.

8. Selepas itu, ukur berapa bilangan dan panjang papan dan jarak antara papan yang diperlukan untuk membina pengalas tilam.

9. Potong ikut saiz dan buat lubang skru sebelum atur dan susun dengan jarak 3 inci.

Inilah hasilnya tapi belum siap sepenuhnya. Masih perlu perkemaskan agar ia tampil cantik dan menarik.

Untuk langkah-langkah seterusnya, anda boleh tonton video penuh disini:

Baca: Lihat Bagaimana Mengubah Bilik Menjadi Pejabat Dan Bilik Tidur Di Rumah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram