Sebuah langkah yang menarik untuk disaksikan apabila sebuah syarikat yang menjalan bisnes penawaran platform penyewaan tempat menginap berjaya memperoleh $5 juta (RM19.5 juta) melalui dana perlindungan dalaman setiap bulan.

Untuk pengetahuan anda, dana simpanan syarikat atau lebih dikenali dengan internal hedge fund merupakan dana hasil daripada keuntungan syarikat yang disimpan.

Bekas CFO Airbnb, Laurence Tosi

Berbekalkan ilmu dan pengetahuan daripada bekas CFO Airbnb, Laurence Tosi beliau telah menggunakan wang ini untuk dilabur semula bagi menjana pendapatan sampingan. Jenis pelaburan yang dipilih adalah saham, pertukaran mata wang serta beberapa projek kecil yang dilaburkan.

Menariknya, projek yang dibuat secara ‘senyap-senyap’ bagi menambah aset syarikat ini berjaya menjana 30% daripada keuntungan syarikat pada tahun lepas.

Syarikat ini yang mula mensasarkan jumlah jualan tahunan mencecah $60 juta kini meletakkan $120 juta sebagai sasaran terbaru. Saiz dana yang besar melalui laporan kewangan Airbnb pada tahun lepas turut membuatkan mereka selesa untuk bersendiri sebelum meletakkan syarikat mereka di dalam IPO.

13_airbnb

Dalam pada itu, perjalanan Airbnb masih lagi jauh memandangkan syarikat ini masih lagi baru. Namun, memperlihatkan kepada jumlah dana yang tersedia buat syarikat ini, kami yakin Airbnb mempunyai ruang yang besar untuk mengembangkan bisnes model mereka.

Buat anda yang belum mempunyai akaun Airbnb dan ingin mula menempah penginapan melalui platform ini anda boleh klik di sini untuk mendaftar. Anda juga boleh sewakan rumah atau bilik anda melalui Airbnb dengan mendaftar di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤