Bila kita mendengar berita mengenai acquisition atau pengambilalihan syarikat, semestinya kita beranggapan ianya perkara yang bagus dan indah untuk perkembangan sesebuah bisnes. Namun, tidak semua pemilikan yang dilakukan untuk mengembangkan bisnes yang diambilalih. Perkara ini sudahpun berlaku dalam beberapa kes dan paling terbaru adalah Amazon milik Jeff Bezos.

Amazon kini telah melancarkan marketplace untuk pasaran timur tengah selepas 2 tahun membeli syarikat e-commerce berpengkalan di Dubai dengan nilai $580 juta (RM2.4 bilion). Sewaktu pelancaran marketplace terbaru ini, secara rasminya Amazon memaklumkan Souq.com akan ditutup dan domain Souq.com akan ke Amazon.ae menggunakan fungsi redirection 301.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Deseret News

Berdasarkan laporan suku tahunan lepas, jualan Amazon untuk segmen antarabangsa cuma naik sekitar 9% dengan nilai $16.2 billion. Dengan pelancaran Amazon Middle East ini, ia dilihat mampu memberikan nafas baru untuk Amazon merebut market shares di sana.

Dahulunya, Amazon cuma menerobos ke dalam pasaran Timur Tengah menggunakan jenama Souq.com. Pengurusan penjual masih dilakukan di backend system Amazon FBA sama seperti sebelum ini di mana seller perlu mendaftar dan verify akaun terlebih dahulu.

Amazon Unveils Its First Smartphone
Sumber: Fortune

Co-Founder Souq memaklumkan Amazon.ae akan menjual lebih dari 30 juta produk termasuklah dari Souq dan Amazon Us. Penghantaran dan pengeposan juga dijalankan di kawasan Timur Tengah. Ini bukanlah perkara yang mengejutkan, ambilalih kemudian menutup syarikat tersebut.

Sebelum ini, Amazon telah mengambilalih Quidsi yang memiliki diapers.com dan souq.com serta menutup operasi Quidsi pada tanda harga $545 juta. Jika anda ingin membaca secara terperinci mengenai syarikat yang pernah diambilalih oleh Amazon, boleh baca di sini.

Sumber