Pernahkah anda mengira jumlah perbelanjaan yang dihabiskan untuk mengisi minyak kenderaan anda? Buat mereka yang sering ulang alik ke tempat kerja yang jauh tempatnya, kami yakin jumlahnya pasti lebih tinggi.

Dalam pada itu, tahukah anda kini anda berpeluang mendapat penjimatan minyak dengan pemilihan minyak yang betul. Anda bukan sahaja bakal menerima lebih kilometer dengan setiap isian malah penawaran ganjaran melalui kad langganan membolehkan anda berjimat dengan lebih lagi. Jika ini yang anda perlukan kami ada berita baik buat anda.

photo6235398525395511363

Sebagai penghargaan PETRONAS buat para pelanggan promosi ‘The Only Game Where Everybody Wins’ yang berakhir lebih pantas daripada jangkaan, PETRONAS akan menghadiahkan pelanggan dengan ganjaran sehingga 6 kali ganda untuk setiap pengisian minyak dan pembelian di Kedai Mesra.

Dalam erti kata lain, anda berpeluang mendapatkan sehingga 300 point Kad Mesra apabila anda berbelanja RM50 di Kedai Mesra. Menarik bukan?

Nak tahu apa yang lebih best? Tawaran ini turut ditawarkan buat pembelian minyak dimana ganjaran 6 kali turut ditawarkan dengan setiap pembelian mengikut liter.

photo6235398525395511361

Apa lagi? Gunakan peluang ini untuk mendapatkan barangan di Kedai Mesra serta membuat pengisian minyak di PETRONAS untuk berpeluang mengutip ganjaran yang boleh ditebus bagi mendapatkan barangan serta minyak di stesen PETRONAS untuk kegunaan harian.

Promosi ganjaran 6 kali ganda ini cuma berlangsung pada 6 Januari sehingga 12 Januari 2018. Buat anda yang belum mendapatkan Kad Mesra daripada PETRONAS, anda boleh dapatkan secara PERCUMA dimana-mana stesen PETRONAS dan leret untuk dapatkan mata ganjaran.

Sekiranya anda ingin menebus mata ganjaran jangan lupa untuk klik di sini untuk mendaftarkan kad anda secara online atau hantar sahaja SMS dengan pesanan ‘KADMESRA (jarak) 17 digit no Kad MESRA (jarak) Nombor kad pengenalan (jarak) nama anda’. Sangat simple dan mudah. Untuk maklumat lanjut kempen ini, boleh layari laman web Mesra.