Semasa beli tiket Kuala Lumpur ke London dengan transit di Instanbul terdapat banyak pilihan jam transit yang paling singkat adalah 3 jam. Seperti biasa, saya akan ambil penerbangan dengan yang transit paling lama iaitu 14 jam disebabkan waktunya yang cantik dimana saya akan tiba di Instanbul pada jam 6.20 pagi serta penerbangan seterusnya ke London pada jam 9.00pm.

Semasa saya membuat tempahan pada laman web Turkish Airlines, terdapat pilihan Tour Istanbul percuma untuk penumpang yang transit minimum 6 jam termasuk sekali dengan makan pagi dan tengahari yang juga disediakan. Berikut merupakan beberapa pilihan yang tersedia. Tour pada jam 8.30 am – 11.00 am, 9.00 am – 3.00 pm, 9.00 am – 6.00 pm, 12.00 noon – 6.00 pm dan 4.00 pm – 9.00pm.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

Memandangkan kami transit 14 jam, kami ambil tour yang paling lama iaitu (9 jam) 9.00am – 6.00pm kerana pihak mereka akan cover banyak tempat dan menyediakan makan pagi dan tengahari. Macam mana nak dapat free tour ni?

Sampai sahaja di arrival hall terus ke passport control 1 untuk cop keluar. Mengenai beg, anda tidak perlu risau sebab beg akan terus dihantar ke lokasi seterusnya dan dalam kes saya, beg saya terus hantar ke London. Jadinya kami hanya membawa diri kami sahaja berjalan di Istanbul. Boarding pass juga mereka akan terus memberikanya kepada kita ketika di KLIA.

Selepas dah cop passport, terus sahaja jalan ke pintu keluar, kemudian belok ke kanan sehingga sampai ke hujung, anda akan lihat hotel desk. Hotel desk ini betul-betul berada di depan Starbucks. Sampai sahaja disitu, anda terus berikan mereka boarding pass anda untuk penerbangan seterusnya. Seterusnya, beritahu mereka anda ingin memilih tour yang mana. Selepas itu mereka akan ambil boarding pass anda dan menyuruh anda menunggu di Starbucks sehingga nama anda dipanggil.

15 minit sebelum pukul 9am mereka memanggil nama saya, Hint dengan Emir. Mereka akan berikan anda ‘sticker’ untuk dilekatkan di baju. Sticker ini diberikan untuk membezakan group tour, bagi tour pada pukul 9.00am – 6.00pm, mereka akan berikan sticker P03. Selepas itu, mereka akan bawa group itu untuk menaiki bas dan setiap tempat di dalam bas, mereka berikan anda complimentary head scarf.

49542301_10218468763089422_4657250141059678208_n

Hentian Pertama – Turkish Airlines Office

Merka akan berhenti di Office Turkish Airlines berhampiran satu bazaar untuk mereka yang ingin menyimpan cabin luggage. Ketika itu, saya hanya berfikir kenapa ianya tidak disimpan sahaja di bilik Hotel Desk kerana bagi saya ianya lebih mudah.

Hentian Kedua – Sarapan Pagi

Selepas meletak beg, mereka akan membawa anda ke Restaurant Al – Nakhla untuk sarapan pagi anda dan yang paling penting ianya sarapan pagi yang percuma untuk mulakan hari anda.

49707171_10218468760889367_1117275496548139008_n

49587767_10218468760769364_5403802868278886400_n

Hentian Ketiga – Blue Mosque

Mereka akan berikan anda masa 30 minit hingga satu jam untuk mengunjung dalam Blue Mosque. Waktu ini, anda bolehlah  mengambil gambar dengan Blue Mosque dan Hagia Sophia kerana ianya hanya berada bersebelahan sahaja dan anda bolehlah memasuki Hagia Sophia dengan bayaran yang dikenakan sebanyak TL40 (RM38), namun ketika itu, kami tidak memasukinya kerana sebelum ini kami telah melawat tempat tersebut.

49590971_10218468761409380_4036301645057884160_n

Hentian Keempat – Hippodrum, German Fountain & Obilisk

Ketiga-tiga tempat ini kesemuanya terletak di kawasan lapang bersebelahan Blue Mosque. Mereka akan terangkan sejarah tempat-tempat ini dan seperti biasa mereka akan berikan anda masa 30 minit untuk mengambil gambar atau melakukan aktiviti lain.

Saya dengan Emir memintabapa kami membelikan buah berangan dengan jagung. Bukan lapar sangat pun, tetapi hanya ingin memberikan kenangan manis buat Emir kerana dia sangat sukakan jagung bakar Istanbul itu.

49509499_10218468762569409_5939590533692260352_n

Hentian Kelima – Museum of Art and Culture.

Ketika melawati tempat ini, ianya akan diberikan pas masuk percuma sekiranya anda bersama tour ini namun ketika itu kami ke sana pada hari Isnin di mana muzium sentiasa akan tutup pada hari Isnin.

Hentian Keenam – Topkapi Palace

Dulu kami mengambil gambar dari luar sahaja kerana untuk memasukinya dikenakan bayaran TL40 (RM38) tetapi dengan Tour Istanbul ini, anda boleh memasukinya secara percuma sahaja. Oleh disebabkan itu, kami meluangkan masa di situ hampir 2 hingga 3 jam juga termasuk makan tengahari.

Hentian Ketujuh – Konyali Restauran

Konyali Restaurant ini terletak di dalam Topkapi Palace Selat Bhosphorus. Pandangan disitu, subhanallah cantik sangat! Sampai sahaja di restoran, kami dihidangkan dengan starter Lentil soup, sajian utama dan akhir sekali puding jagung.

Sajian utama disitu terdapat kambing and daging lembu. Sedap gilaaaaa oi. Harga makan tengah hari disitu agak mahal  tetapi dengan Tour Istanbul, makanan tengah hari disediakan, jadi ya, anda boleh makannya secara percuma. Bayangkan pas masuk Topkapi sahaja sudah TL40 dan sekiranya campur sekali dengan makan tengah hari, agaknya anda bayangkan sendiri berapa harga kesemuanya. Bagi saya, Tour Istanbul ni sangat berbaloi.

49509495_10218468765329478_8510039150798307328_n

49380430_10218468764929468_624701365410594816_n

Hentian Kelapan – Grand Bazaar

Grand Bazaar ini bazar yang sangat besar, segala mak nenek dari rempah, kopi, lampu, karpet semua ada disini. Bertentangan dengan Grand Bazar terdapat sebuah masjid, jadinya bolehlah solat jamak qasar dekat masjid tu dan jumpa balik pukul 4.00pm.

Selepas grand bazaar, kami pulang ke HQ untuk mengambil cabin luggage orang yang ditinggalkan disitu tadi. Selesai mengambil semua beg, 4.30pm kami terus bergerak ke lapangan terbang. Walaupun tour mereka sehingga pukul 6.00 petang, mereka akan pastikan anda sampai ke lapangan terbang sebelum 6.00pm, sekurang-kurangnya anda ada 3 jam sebelum penerbangan seterusnya.

Untuk kesemuanya, dengan hanya harga RM776 Kuala Lumpur – London (transit Istanbul) menaiki Turkis Airline dengan tour percuma lagi, ianya sangatlah berbaloi. Menaiki Turkish Airline ini boleh dikatakan seperti duduk di rumah dengan ibu anda kerana mereka akan berikan anda makan sehingga kenyang dan terus makan lagi sehingga anda tidak mempunyai masa untuk lapar.

Artikel di atas disumbangkan oleh Nur Shahirah Yaakub. Beliau merupakan seorang yang mempunyai minat yang tinggi dalam travel dan sering berkongsi perjalanannya bersama keluarga.. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka