Di ruangan komen laman sosial, pernah atau tidak anda terbaca komen seorang individu sedang merekrut ‘sugar babies’ untuk dijadikan teman bagi golongan lebih berusia? Nampaknya wujud aplikasi khas untuk aktiviti ini dan ia turut boleh diakses di Malaysia.

Sugar baby secara definisinya merupakan seorang gadis atau pemuda yang menerima wang atau hadiah sebagai balasan untuk ‘menjadi teman’ (termasuklah untuk aktiviti tidak bermoral). Pihak yang memberi wang atau hadiah biasanya merupakan individu yang lebih kaya dan berusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aktiviti sugar baby ini merupakan satu kebiasaan di negara barat di mana pelajar kolej terutamanya akan mencari sugar daddy/ mommy untuk membiayai yuran kolej mereka atau membiayai lifestyle mereka yang mewah.

Seorang individu bernama Adam Tuan Mukriz pelik apabila aplikasi telefon bimbit ‘khidmat pelacuran’ alaf baru, SUGARBOOK diiklankan secara terbuka dan foto dua billboard ini diambil di Bangsar dan Sri Hartamas.

Ia secara tidak langsung mempromosikan anak-anak muda (cantik dan kacak) yang mahu mencari duit poket dengan melacurkan diri untuk sugar daddy / mommy yang mencari mereka menerusi aplikasi ini.

“Saya rasa ini bukan sahaja isu agama, tapi isu moral. Sewajarnya isu ini mendapat perhatian Menteri Wanita dan Keluarga, Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Hannah Yeoh,” tambah Adam.

Menurut info daripada Adam lagi, iklan-iklan elektronik (seperti yang dipaparkan di dalam foto) TIDAK memerlukan lampu hijau DBKL. Hanya iklan-iklan produk kesihatan sahaja yang perlu mendapat kelulusan.

Sejajar dengan perkembangan teknologi, ia bukan lesen untuk negara bertukar menjadi sebuah negara yang liberal di mana setiap aplikasi ‘dihalalkan’ untuk dipromosikan secara terbuka. Walau mungkin ada yang pandang remeh tentang isu ini, tetapi lebih baik ia dicegah awal sebelum terlambat.

Berikut merupakan kisah seorang graduan perubatan di Jordan yang dituduh menjadi bapa ayam. Baca lagi kisahnya di bawah.

Dituduh Jadi Bapa Ayam, Graduan Perubatan Jordan Ini Sebenarnya Dianiaya Dan Tidak Bersalah

‘Kasino Halal’ Berleluasa Di WeChat, Kenapa Wanita Muslim Kena Berhati-Hati