Sebut mengenai Apple AirPods pasti ada sahaja alasan untuk tidak memiliki earphone bluetooth ini. Mudah tertanggal, harga yang mahal serta kualiti bunyi yang tidak setanding harganya antara yang menjadi alasan popular.

Menariknya, Apple berjaya membuatkan orang ramai melupakan alasan-alasan tersebut selepas jualan Apple AirPods dilihat semakin meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
airpods-pro-hero-100816213-large
Sumber: Mac World

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, jumlah penjualan Apple AirPods pada tahun ini telah menyumbang sebanyak $6 bilion kepada Apple. Sebagai perbandingan jumlah penjualan pada tahun ini adalah dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Apa yang menariknya, model terbaru AirPods iaitu AirPods Pro baru sahaja dilancarkan sekitar dua bulan lalu. Dalam erti kata lain, Apple berjaya membuatkan orang ramai tertarik dengan model AirPods yang sudah dilancarkan sejak 2016.

Menerusi tahun 2020, syarikat ini mensasarkan jumlah penjualan penjualan AirPods mencecah 85 juta unit dengan nilai $15 bilion. Selain itu, penjualan Apple wearables, home, dan aksesori dijangka bakal melepasi jumlah penjualan siri Mac tidak lama lagi.

Screen Shot 2019-12-26 at 3.25.40 PM

Untuk pengetahuan, Apple AirPods dengan bekas pengecasan biasa ditawarkan pada harga RM699 manakala model terbaru AirPods Pro hadir dengan harga RM1,099. Harga yang agak premium untuk sebuah earphone wireless.

Berdasarkan peningkatan jualan Apple AirPods, dapat dilihat penjenamaan serta pemasaran yang berkesan bakal membuatkan sesebuah produk digilai ramai meskipun ditawarkan dengan harga yang tinggi. Sekali lagi Apple menang dengan magis yang dimiliki syarikat ini.

Sekiranya anda mahukan AirPods Pro yang lebih premium dan unik, model dengan salutan emas 18-karat ini sedia untuk dimiliki dengan harga yang lebih tinggi.

AirPods Pro Dengan Salutan Emas 18-Karat Sedia Ditawarkan Dengan Harga RM281,837

Apple AirPods Mula Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,099