Ahad lalu, satu kebakaran besar telah melanda katedral Notre-Dame yang menghancurkan atap gereja yang menjadi salah satu simbol bersejarah di Paris. Bahagian bumbung gereja yang sudah berdiri sejak tahun 1163 ini hampir musnah kerana api merebak dengan sangat pantas.

Pelbagai pihak hadir untuk membantu memulihkan kembali katedral ikonik kota Paris ini. Difahamkan jutawan Perancis, Bernard Arnault merangkap CEO kumpulan LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE akan menderma sebanyak 200 juta Euro (~RM934 juta) kepada tabung pemulihan Notre-Dame ini. Disebabkan Notre-Dame sememangnya dalam fasa baik pulih, banyak artifak bersejarah yang disimpan di Notre-Dame terselamat daripada kebakaran ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Proses membaik pulih semula Notre-Dame mungkin bakal mendapat bantuan daripada permainan video Assassin’s Creed: Unity oleh Unisoft. Anda yang pernah bermain permainan video ini pasti sudah tahu betapa telitinya dunia Assassin’s Creed.

Assasin Creed inside
Notre-Dame di dalam permainan video Assasin’s Creed: Unity

Bangunan Notre-Dame adalah antara bangunan yang paling lama untuk disiapkan dalam permainan video ini. Salah seorang pereka permainan ini, Caroline Miousse mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan bangunan Notre-Dame dalam Unity. Caroline membuat rekaan berdasarkan gambar sebenar katedral berkenaan dan bersama rakan perekanya yang lain menghasilkan kembali Notre-Dame dengan sangat teliti untuk Unity.

Dalam perkongsian Caroline dengan The Verge, 80 peratus rekaan Notre-Dame dalam permainan itu adalah hasil kerjanya. Beliau turut mendapatkan bantuan ahli sejarah di Paris untuk membantu beliau menyusun lukisan yang betul tergantung di dalam Notre-Dame untuk Unity.

Secara dasarnya, rekaan Notre-Dame dalam Assassin’s Creed: Unity adalah antara yang paling tepat sekiranya pihak berkuasa mahu meneruskan kerja pemulihan bumbung serta spires yang musnah dalam kebakaran tempoh hari.

Ianya masih terlalu awal untuk mengesahkan sama ada pelan katedral Notre-Dame dalam Assassin’s Creed: Unity akan digunakan untuk proses pemulihan ini. Tetapi sekiranya kerajaan Paris mahukan pelan atau rekaan katedral Notre-Dame yang hampir 100% sama dengan dunia sebenar, Ubisoft pasti sedia membantu.

Sumber