Jangan jeling-jeling orang lain semasa membaca artikel ini kerana sebenarnya semua orang nafasnya berbau dan paling ketara pada setiap pagi. Cuma bezanya tahap kekuatan bau busuk itu berlainan pada setiap orang. Sekiranya bau itu terlalu kuat, maka hidung akan mula mengesan bau busuk tersebut dan hidung mula kembang-kempis atau berasa mual/nak muntah sebagai tanda reaksi.

Nafas berbau atau halitosis boleh disebabkan oleh tanda diri berpenyakit atau tanda penjagaan oral yang tidak betul atau tanda kurang air liur di dalam mulut. Maka, individu dinasihatkan menjalani pemeriksaan sebelum memikirkan cara mengatasi masalah ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Punca-Punca Nafas Berbau

Cara Atasi Nafas Berbau

1. Cukup sekadar berkumur dengan air bersih dengan cara yang betul selepas setiap kali habis makan.

2. Jika mahu memberus gigi, disyorkan gosok gigi selepas 30 minit waktu makan.

3. Berus gigi dua kali sehari sudah memadai.

4. Berus lidah dengan lembut terutama pada penghujung lidah dengan berus gigi atau pembersih lidah.

5. Kunyah gula-gula getah tanpa gula.

6. Makan yogurt masam kerana mengandungi vitamin D yang boleh melawan bakteria yang mengakibatkan nafas berbau.

7. Kunyah daun sirih atau daun kari atau daun pudina atau bunga cengkih.

8. Berkumur dengan air suam yang dicampurkan dengan serbuk penaik selama 30 saat.

9. Guna benang flos untuk bersihkan celah-celah gigi.

10. Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala, sekurang-kurangnya sekali setahun.

11. Jaga kebersihan aplians ortodontik atau gigi palsu.

12. Makan sayur-sayuran sear berserat.

13. Minum banyak air masak.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram