Sejak remaja lagi, Frederick Hutson telah berminat dalam bidang keusahawanan. Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau membina bisnes “tint” tingkap kereta yang akhirnya dijual pada harga USD $50,000.

Beliau pernah mempunyai bisnes potong rumput, tetapi rakan-rakannya yang memotong. Dan juga pernah memiliki bisnes mencuci kereta.

Ketika berusia 21 tahun, Hutson membuat kesilapan terbesar. Beliau melihat rakan-rakannya mengalami kesukaran menjual ganja. Beliau kemudiannya bekerjasama dengan rakan-rakan beliau, dengan menggunakan alamat bisnesnya untuk membolehkan penghantaran ganja dibuat merentasi sempadan menggunakan FedEx, UPS dan DHL.

Akhirnya, aktiviti beliau dikesan oleh pihak berkuasa dan kemudian disumbatkan ke penjara selama empat tahun.

Kisah Di Penjara

Fast Company
Fast Company

Untuk kebanyakan orang, rekod jenayah lazimnya memusnahkan kerjaya, hubungan baik dengan keluarga dan komuniti, malah, boleh dikatakan seluruh kehidupan.

Tetapi ketika ini, Hutson menggunakan masanya untuk menulis rancangan perniagaan. Setiap kali majalah Inc, The Wall Street Journal atau Wired sampai ke penjara, beliau akan membaca kesemua kandungan majalah walaupun terdapat muka surat yang hilang atau terkoyak.

“Saya berada di penjara hampir keseluruhan umur 20-an saya. Saya tidak dapat merasa banyak benda seperti orang lain rasakan. Tetapi pada setiap masa saya selalu menjadi orang yang sangat, sangat fokus,” kata Hutson.

Salah satu daripada idea beliau adalah untuk menjadikan panggilan telefon di penjara menjadi lebih murah.

Hanya terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan komunikasi di antara penjara dan dunia luar disebabkan kesemua mesej dan surat perlu disaring dengan teliti. Disebabkan itu, servis yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan adalah mahal dan ini mencengkam penghuni-penghuni yang kebanyakannya datang daripada golongan berpendapatan rendah.

“Ketika di sana, mata saya benar-benar terbuka. Saya mula nampak betapa tidak cekapnya semua perkara dilakukan,” kata beliau. “Perkara ini membuat saya terfikir, saya boleh selesaikan masalah ini. Pasarannya (permintaan) memang benar wujud.”

Permulaan Pigeon.ly

Fast Company
Fast Company

Pigeon.ly menggunakan VOIP, iaitu teknologi yang digunakan juga oleh produk lebih ternama seperti Skype, untuk mewujudkan satu nombor telefon tempatan yang boleh digunakan oleh penghuni penjara untuk menghubungi keluarga dan rakan-rakan. Penggunaan teknologi ini adalah jauh lebih murah berbanding mendail nombor telefon yang berada di luar kod kawasan. Hutson berkata servis beliau boleh mengurangkan kos panggilan telefon sebanyak $20 untuk 300 minit.

Selain itu, Pigeon.ly juga menyediakan servis perkongsian foto. Penjara hanya membenarkan surat atau foto dihantar melalui pos bersampul putih. Ini memaksa ahli keluarga terpaksa mencetak dan mengepos gambar fizikal. Dalam dunia penggunaan telefon pintar yang meluas hari ini, semakin kurang orang mencetak dan mengepos gambar; dan ini menyebabkan semakin kurang surat atau pos dihantar ke penjara.

Untuk mengatasi masalah ini, Pigeon.ly menyediakan app dan laman web, yang membenarkan ahli keluarga berkongsi gambar, mesej dan e-mail dengan hanya satu klik. Seterusnya Pigeon.ly akan mencetak item yang mereka dapat, dan menghantar gambar serta mesej dalam sampul surat putih.

Ideanya cukup ringkas, tetapi ternyata ia amat membantu ahli keluarga banduan. Pada ketika ini, syarikat ini mengendalikan 2 juta minit panggilan telefon dan menghantar suku juta gambar setiap bulan.

Sambutan terhadap perkhidmatan Pigeon.ly sekarang amat berbeza dengan keadaan ketika Hutson baru bermula. Beliau memulakan langkah bersama-sama co-founder Alfonzo Brooks semasa tinggal di halfway house selepas keluar daripada penjara.

“Kami mengenalpasti 500 orang (banduan) dan menghantar mereka kad ucapan mengatakan ‘ini adalah produk yang ahli keluarga anda boleh gunakan untuk menghantar gambar’. 3 atau 4 hari selepas kami menghantar kad, ada orang mula mendaftar akaun pada laman web dan menghantar gambar, jadi kami pun meneruskannya (penghantaran kad),” kata Hutson.

Menyertai Accelerator

Pigeonly
Pigeonly

Tidak berapa lama kemudian, beliau menyertai NewMe Accelerator, iaitu business accelerator (badan sokongan bisnes) yang memberi tumpuan kepada usahawan daripada golongan minoriti.

Pengasas NewMe, Angela Benton, pernah berterus terang, “Lihat, akan ada orang yang tidak selesa dan tidak cuba memahami apa yang anda lakukan – kemungkinan nanti akan ada halangan kerana anda pernah masuk penjara dan anda tidak kelihatan seperti jenis orang (usahawan) yang biasa mereka (pelabur) laburkan (modal).”

Oleh kerana itu, Hutson menumpukan perhatiannya hanya kepada bakal pelabur yang terbuka dan memahami kenapa beliau adalah orang yang tepat untuk memberi penyelesaian kepada masalah komunikasi di dalam penjara.

“Banyak masa, benda-benda yang kita anggap sebagai kelemahan sebenarnya boleh bertukar menjadi aset paling besar, dan ianya berlaku kepada saya. (Masuk penjara) menjadi sebab mengapa orang melabur (dalam Pigeon.ly) – kerana saya telah berada di sana, dan saya mengetahui dan memahami pasaran ini lebih baik berbanding orang lain,” kata Hutson.

Beliau berjaya mendapat modal awal (seed fund) pada tahun 2013 dari Erik Moore di Base Ventures dan Kapor Capital sebanyak USD $2 juta. Pada tahun pertama beroperasi, Pigeon.ly berjaya menjana pendapatan sebanyak USD $1 juta.

Tidak berapa lama kemudian, syarikat beliau dipindahkan ke Las Vegas, di mana beliau bekerja bersama-sama dengan syarikat startup lain yang disokong oleh CEO Zappos Tony Hsieh.

Pada tahun ini, syarikat Pigeon.ly telah berjaya menyertai Y-Combinator.

Bukan Sekadar Bisnes

Pigeonly
Pigeonly

Hutson mengatakan 1% daripada penduduk Amerika Syarikat mempunyai insan tersayang di dalam penjara. Nilai pasaran dianggarkan bernilai kira-kira $2 bilion.

Lebih daripada bisnes, Hutson melihat Pigeon.ly sebagai salah satu cara mengurangkan kesalahan berulang.

“Pengasingan adalah perkara yang paling teruk yang boleh berlaku kepada seorang banduan,” kata Hutson, “Persoalannya ialah, ‘Apakah jenis orang yang anda ingin bebaskan’? Orang yang telah kehilangan hubungan dengan semua orang yang mereka kenal dan peluang membuat kesalahan berulang melebihi 50%? Atau orang yang berhubung dengan orang yang boleh membantu lalu menyokong mereka masuk semula ke dalam masyarakat?”

BACA: Ini Rupa Penjara Yang Mengajar Coding Tempat Mark Zuckerberg Lawati

BACA: 9 Aset ‘Intangible’ Usahawan Dominan Miliki

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram