Siapa sangka video berdurasi 5 minit gadis ini mengenai penerangan antibiotik mampu menyakinkan para juri untuk menobatkan beliau sebagai pemenang Breakthrough Junior Challenge.

Gadis berumur 17 tahun yang berasal daripada Singapore ini turut menerima biasiswa $250,000 USD (~RM1,104,612.50) yang dibiaya sepenuhnya oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

screen_shot_2016-12-07_at_5

screen_shot_2016-12-07_at_5-1

Deanna See selaku pelajar di Raffles Institution, Singapore memilih tajuk ‘Superbugs! And Our Race Against Resistance’. Video yang menerangkan tentang antibiotik ini dipilih sebagai pemenang daripada lebih 6,000 penyertaaan daripada 146 negara.

Lebih manis, kejayaan Deanna See nampaknya tidak keseorangan. Para guru yang banyak membantu beliau menerima sebanyak $50,000 USD (~RM220,922.50) manakala pihak sekolah menerima $100,000 USD (~RM441,845.00).

15319226_10103303589112731_15225283249753037_n

Untuk pengetahuan anda Breakthrough Prize ini merupakan kerjasama gabungan orang-orang yang berpengaruh dunia. Antaranya adalah co-founder Google, Mark Zuckerberg bersama isterinya dan turut dibantu oleh billionair Russia iaitu Yuri Milner.

Pertandingan yang diperkenalkan ini bakal membantu kanak-kanak untuk menguasai dan menerokai dengan lebih mendalam mengenai dunia sains, fizik dan matematik. Melihat kepada inisiatif mereka, kemungkinan mereka bakal mencari kid-prodigy untuk digandingkan bersama syarikat mereka.