Biskut Cap Ping Pong bukanlah satu jenama asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Jenama yang sentiasa menemani untuk sarapan pagi dan minum petang. Tahukah anda bagaimana jenama ini masih boleh kekal sehingga kini? Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Zulfadhli Talib menceritakan kejayaan syarikat tersebut. Berikut petikan post tersebut.

Cecah jualan 9 angka dengan menjual biskut. Mereka mula secara kecil-kecilan. Setup bisnes dengan bermodalkan RM1,500 sahaja. Kemudian, beli sebuah van dan mula menjual biskut dari satu bandar ke bandar yang lain di Johor. Bila ada duit lebih, mereka setup pejabat kecil-kecilan di Batu Pahat. Disitulah mereka menjalankan R&D untuk resepi biskut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

biskutcappingpong

Mereka ini berbangsa Cina. Tapi disebabkan majoriti penduduk setempat di Batu Pahat adalah berbangsa Melayu, mereka sangat jelas dan memahami budaya orang Melayu. Beberapa tahun selepas itu, mereka keluarkan resepi biskut pertama mereka. Biskut krim pertama yang mereka hasilkan ini mendapat inspirasi daripada biskut raya.

Ada beberapa jenis kuih dan biskut raya yang sempat mereka rasa ketika menyambut sambutan Hari Raya bersama jiran tetangga. Maklumlah, majoriti orang melayu. Kalau raya memang meriah dengan juadah. Tak lama selepas itu, mereka mengeluarkan jenama biskut Cap Ping-Pong. Mereka menjadikan sukan ping pong sebagai inspirasi.

biskutping

Pada tahun tersebut, sukan ping pong baru nak ‘hype’ di Malaysia. Persatuan Ping Pong Malaya pun baru ditubuhkan secara rasmi pada waktu itu (1958). Kebetulan pula pada awal tahun berikutnya (1959) , China berjaya merangkul gelaran Juara Kejohanan Ping Pong Dunia. Historical moment juga waktu ini sebab China berjaya pecah monopoli Jepun dalam kejohanan bertaraf dunia. Jepun sebelum ini champion 4 tahun berturut-turut (sejak 1954-1957).

ping

Orang kata nak tumpang ombak dan vibe pada zaman tersebut. Ternyata strategi mereka menjadi dan biskut Cap Ping Pong berjaya memenangi hati rakyat Malaysia. Mereka juga pernah mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir tutup satu masa dulu (1985-1987). Mereka terpaksa menjual segala aset peribadi untuk di ‘pump’ semula (recapitalise) masuk ke dalam syarikat untuk kurangkan hutang.

Tiada pengagihan keuntungan untuk beberapa tahun ketika syarikat sedang ‘nazak.’ Tapi mereka belajar satu perkara. Mereka mengkaji bagaimana syarikat Jepun, Toyota Motor Corporation mampu bertahan menghadapi krisis ekonomi sekitar tahun 50 an (1950). Mereka jumpa satu rahsia. Rupanya, Toyota Motor Corporation sentiasa pastikan bahawa mereka ada cash yang banyak dalam tangan bagi menghadapi apa jua risiko yang tidak dijangka.

Pada tahun 2014/15, dicatatkan bahawa Toyata Motor Corporation mempunyai cash reserved lebih kurang RM 77.3 billion. Sekitar tahun 90 an (1997), mereka sekali lagi diuji. Krisis ekonomi Asia melanda dan kali ini lebih dahsyat. Oleh kerana mereka sudah temui rahsia mahal bagaimana syarikat Jepun mengendali krisis, mereka telah sediakan payung sebelum hujan.

Berbekalkan RM20 million cash pile, I am considered it more than enough for them to survive in asian economic crisis. Malah, dikhabarkan mereka siap dapat diskaun lagi daripada pembekal kerana ada holding power yang tinggi disaat syarikat lain sedang tenat. Hari ini, mereka adik beradik (Keluarga Kerk) dan beberapa rakan kongsi lain berjaya membangunkan jenama biskut Hup Seng setanding dengan jenama luar.

Berikut beberapa fakta menarik mengenai syarikat ini:
1. Mereka mempunyai kilang seluas 8 ekar di Johor selain mempunyai lebih daripada 1900 orang pekerja.
2. Revenue tahun 2018 sehingga September lebih kurang RM 221.5 Million.
3. Tengah meluaskan kawasan jajahan dengan mengeksport biskut keluaran Hup Seng ke seluruh Asia, Asia Tengara dan Timur Tengah.