Teknologi yang mula diperkenalkan hampir sedekad lalu kini mula mencuri perhatian ramai setelah matawang yang tersedia dalam sistemnya iaitu bitcoin mula melonjak tinggi. Maka tidak hairanlah carian di laman web google mengenai blockchain sahaja meningkat hampir 2000% sejak beberapa tahun lepas.

Adakah blockchain dan bitcoin merupakan perkara yang sama? Berikut merupakan kupasan kami mengenai kedua-dua terma ini dan bagaimana blockchain bakal mengubah cara pengguna melakukan transaksi serta menguntungkan pelbagai pihak khususnya para peniaga.

Apa ada dengan Blockchain?

blockchain-logo-e1473250514936

Blockchain merupakan sistem lejar elektronik awam yang menyimpan database data para pengguna. Data ini meliputi segala aspek termasuk maklumat individu, status kewangan, status kesihatan dan sebagainya. Setiap rekod ini disimpan secara rapi dan cuma beberapa pihak sahaja yang mampu mengaksesnya.

Contohnya, pihak hospital berpeluang untuk mengakses rekod kesihatan anda manakala pihak bank pula mempunyai akses untuk status kewangan anda.

Bagi menjadikan sistem ini lebih sistematik, segala industri ini berkongsi pangkalan data yang sama bagi mengelakkan daripada sebarang kecelaruan maklumat. Setakat ini anda mungkin sudah mempunyai gambaran sedikit sebanyak mengenai blockchain.

Bitcoin pula merujuk kepada matawang digital yang beroperasi dibawah sistem blockchain. Matawang digital menjadi perantara buat para pengguna dalam melakukan urusan transaksi secara terus dan selamat menerusi sistemnya.

Bagaimanakah urusan transaksi berlaku?

blockchain-cryptocurrency-security-transactions

Penggunaan matawang yang sama secara tidak langsung membolehkan urusan pemindahan wang ini berlaku dengan pantas tanpa perlu pengesahan pihak ketiga sepertimana yang dilakukan pihak bank.

Kos transaksi pemindahan wang (meskipun ke negara yang lain) juga sudah pastinya lebih rendah berbanding transaksi di bank. Method pemindahan wang yang encrypted antara sebab membuatkan orang ramai lebih percaya untuk melakukan transaksi melalui sistem blockchain. Buat para peniaga, mungkin ini merupakan salah satu sebab anda boleh mula berjinak dengan sistem berteknologi tinggi ini.

Adakah blockchain cuma tertakluk kepada bitcoin semata-mata?

altcoins
Antara cryptocurrency yang sering diperdagangkan

Meskipun matawang crytocurrency bitcoin sering dikaitkan bersama blockchain, sebenarnya terdapat beberapa lagi crytocurrency lain turut diperdagangkan seperti Litecoin (LTC), Ethereum (ETH), Zcash (ZEC) dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bitcoin (BTC) dan Litecoin (LTC) antara terpopular ketika ini.

Mengapa blockchain masih belum menjadi pilihan ramai?

10250476-de-la-finance-a-l-iot-la-revolution-blockchain-est-en-marche

Penggunaan sistem decentralized mungkin bakal memudahkan orang ramai berikutan ketiadaan administrator atau pemantau. Tetapi, blockchain juga mungkin memakan diri sekiranya sistem yang dibina ini berjaya diceroboh penggodam. Selain itu, terdapat penganalisa komputer yang berpendapat blockchain bukanlah solusi paling selamat.

Masalah ini menjadi lebih rumit selepas dikatakan individu terawal yang memperkenalkan sistem melibatkan blockchain ini menyimpan lebih 1 juta bitcoin yang bersamaan dengan $1.1 juta (~RM4.72 juta) sekaligus memperlihatkan sistem ini seolah tidak lebih sekadar skim Ponzi besar-besaran.

Walaubagaimanapun, setakat tiada bukti kukuh mengesahkan sistem ini merupakan skim Ponzi. Penggodam juga masih belum berjaya menggodam sistem ini berikutan ciri keselamatan yang ada padanya.

Bagaimana blockchain dapat memanfaatkan para peniaga

Screen-Shot-2016-03-01-at-11_12_48

Meskipun sudah hampir sedekad dilancarkan, teknologi ini boleh dikatakan masih baru berdasarkan kadar penggunaan orang ramai lebih-lebih lagi apabila melibatkan peniaga tempatan.

Berdasarkan kajian yang dibuat, tidak mustahil untuk melihat sistem yang berteknologi tinggi ini bakal mengambil alih urusan pemindahan wang serta percukaian tidak lama lagi.

Sekiranya anda ingin menjadi pioneer menawarkan teknologi berasaskan blockchain dalam bisnes anda, mungkin inilah pendedahan yang anda perlukan. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) kini sedang menawarkan kursus memberi pendedahan secara umum bagaimana blockchain bakal memanfaatkan serta mengubah landskap bisnes anda.

Anda boleh ikuti laman web INSKEN di sini dan klik di sini untuk mendaftar sebagai peserta program ini yang bakal berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2017 ini. Mungkin ini peluang terbaik anda untuk menjadi yang terawal memanfaatkan blockchain dalam bisnes anda.