Anda ‘tidak pernah sampai’ ke Perth jika tidak singgah bergambar di bangsal kecil. Begitulah betapa terkenalnya Blue Boat House yang terletak di Perth ini.

Boleh kata sesiapa sahaja yang ke Perth pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Berpeluang ke Perth sekitar hujung tahun 2019, sempat juga bersembang dengan warga tempatan tentang Blue Boat House ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Agak mengejutkan kerana bagi orang tempatan, Blue Boat House ini bukanlah a big deal bagi mereka. Lokasi ini lebih menjadi tumpuan pelancong dari luar negara berbanding warga tempatan.

Adakah lokasi Blue Boat House ini sangat popular buat pelancong? Dalam satu artikel yang ditulis CNN pada Jun 2019, Blue Boat House ini adalah lokasi paling Instagrammable di Perth.

Blue Boat House ini mula menjadi fenomena apabila bangsal ini dibaik pulih sepenuhnya pada awal tahun 2000. Blue Boat House ini mula viral dalam kalangan influencer dari Korea Selatan dan China yang terlebih dahulu menularkan bangsal ini di media sosial mereka. Sejak daripada itu, bangsal ini menjadi antara lokasi paling popular dalam kalangan pelancong di Perth.

Sejarah

Blue boathouse
Crawley Edge Boatshed pada tahun 1988. Kredit gambar: ABC News

Crawley Edge Boatshed adalah nama rasmi untuk bangsal ini. Bangsal ini telah pun dibina sejak tahun 1940an dan dimiliki oleh keluarga Nattrass. Pada tahun 2001, bangsal ini berada dalam keadaan yang sangat tidak terurus dan bakal dirobohkan. Kerana tidak mahu bangsal ini hanya tinggal kenangan, keluarga Nattrass membuat keputusan untuk membaiki semula bangsal ini.

Selepas mendengar pandangan daripada ahli keluarga yang lain, mereka bersetuju untuk memilih warna biru untuk warna baharu bangsal ini. Keputusan keluarga Nattrass untuk restore bangsal ini kembali nampaknya tidak sia-sia dan pihak Western Australia juga turut menambah fasiliti baharu di sekitar bangsal ini antaranya tandas awam yang dibina dengan kos A$400,000 (~RM1,054,553).

Bagaimana untuk ke sini?

Buat anda yang mungkin sedang merancang untuk ke Perth buat pertama kali, lokasi bangsal ini sebenarnya hanya di tengah-tengah bandar Perth. Walaupun setiap gambar yang dirakam tiada pun gambar bangunan moden di sekitarnya, memang bangsal ini hanya beberapa minit sahaja dari Central Business District (CBD) Perth. Swan River yang luas memberi ilusi bangsal ini terletak di middle of nowhere.

Anda boleh menaiki kereta, teksi atau berjalan kaki sahaja sekiranya anda sedang bersiar-siar di King’s Park and Botanic Garden. Kami sarankan untuk anda tiba di awal pagi supaya anda ada lebih masa untuk posing di sini.

Jika anda terlewat, memang anda perlu beratur untuk bergambar di sini (ketika waktu puncak dan musim cuti). Adakah dikenakan sebarang bayaran untuk bergambar di sini? Jawapannya adalah tidak. Ia percuma tetapi untuk rakaman gambar perkahwinan, anda perlu mendapatkan permit. Anda boleh ambil risiko tetapi mungkin perlu membayar saman sekiranya ‘ditangkap’ oleh ranger yang bertugas.

Walaupun pada satu ketika Blue Boat House ini hampir dirobohkan, keputusan untuk mengekalkannnya sedikit sebanyak menjadi medium marketing baharu yang tidak dijangka buat bandar Perth. Lebih menarik ia organik kerana sesiapa sahaja yang jejak kaki ke Perth, akan singgah dan bergambar di sini.

Adakah gambar Blue Boathouse ini cukup untuk ‘racun’ anda untuk melancong ke Perth? Sekarang mungkin bukan masa yang baik untuk melancong tetapi sekurang-kurangnya anda boleh jadikan Blue Boat House ini sebagai salah satu wishlist untuk anda kunjungi di masa akan datang.

Terima kasih kepada pihak Tourism Western Australia dan AirAsia kerana menyediakan kemudahan awesome sepanjang kami di sana.

P/S: Untuk pengetahuan anda, tiket untuk ke Perth adalah jauh lebih murah berbanding destinasi lain di Australia. Ditambah lagi AirAsia X kerap membuat tawaran promosi hebat, anda boleh buat survey sekarang di sini atau perlu rajin untuk check out laman Facebook AirAsia untuk sebarang promosi.

Tidak Lengkap Percutian Anda Ke Perth, Australia Jika Tidak Melawat 8 Lokasi Ini

Wanita Ini Kongsi Tip Dan Itinerari Lengkap Ke Perth 7 Hari Dengan Bajet RM2,000