Teringat kata-kata ini dari Wales: ikhlas tak semestinya percuma, berbayar tak semestinya tak ikhlas. Waktu itu tahun 2007, Ustaz Zaharuddin Abdurrahman (UZAR) menugaskan saya menyiapkan website asalnya dahulu.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Setelah siap, komen, ubah, dan submit, akhirnya UZAR tanya saya:

“Berapa Professional Fees kerja ini?”

Saya dengan yakinnya menjawab:

“Tak apalah ustaz, saya tak mau charge, saya buat percuma, lagipun web ustaz traffik tinggi, ramai ambil manfaat ilmu dari web tu, saya nak saham akhiratnya.”

UZAR jawap balik dengan agak tegas.

“Islam bukanlah agama yang zalim, Islam itu lengkap.”

“Apabila kita bermuamalat, saya tugaskan Zul buat web, dan Zul siapkan web, kemudian saya telah berpuas hati, dan Zul beri sebutharga yang kemudiannya saya setuju, itu adalah mualamat yang sah.”

“Apabila kita bermuamalat yang sah, kita dapat DUNIA dan AKHIRAT.”

“Pahala bermuamalat yang sah kita dapat, duit untuk kegunaan dunia kita dapat, dan manfaat jariyyah dari pengguna web pun inshaAllah kita dapat.”

“Setiap urusan kita di dunia ni ada nilai matawang dunia dan ada nilai matawang akhirat, itulah KEISTIMEWAAN ISLAM.”

“Kita bukan untung dunia sahaja atau akhirat sahaja, kita boleh untung keduanya.”

“Ikhlas tak semestinya percuma, berbayar tak semestinya tak ikhlas.”

Itu ulasan pendek Uzar yang saya ingat sampai saat ini. Sampai hari ini saya terkesan dengan panggilan call ini. Saya dapat upah pertama dalam matawang GBP dari UZAR.

Saya tulis ini sebab tadi saya terbaca sahabat Runner saya hanya dapat upah RM1 sahaja dari salah seorang pelanggannya. Tak apalah. Sabar pun mahal juga disisi-Nya.

IKHLAS adalah urusan dalaman yang kita tidak ditugaskan untuk mengetahuinya. Tak perlu bazir usia kita menilik keikhlasan orang. Begitu jugalah dengan niat.

Niat kita bekerja tetaplah kerana mahu ia ternilai sebagai ibadah disisi-Nya. Selain dari itu, ada hak kita di dunia dan hak kita di akhirat.

Sekadar perkongsian petang sebelum Asar.

Nota: Laman web UZAR sekarang sudah diperbaharui oleh team Kfiqh Sdn Bhd.

Artikel di atas disumbangkan oleh Zulhafidz Yahaya. Creative Brain Tsyok. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group