Penyakit gout sememangnya menjadi sebuah penyakit yang popular dikalangan masyarakat. Kata orang sekali anda terkena penyakit gout, gaya hidup anda tidak lagi normal.

Walaubagaimanapun, melalui perkongsian Tuan Izmin Johan, beliau telah mengongsikan cara-cara untuk menyembuh dan mengurangkan penyakit gout dengan memakan bubuk jawa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kenapa perlu makan bubuk jawa?

43614880_10156516879651136_8973293773589053440_n

Dulu saya kerap mengalami serangan gout. Selama bertahun-tahun saya mengalami penyakit itu dan hampir setiap hari saya perlu dapatkan ubat allopurinol. Apabila kena serangan pula saya akan dapatkan colchicine dan sebab tak tahan sangat sakitnya telan lagi acoxia. Begitulah rutin saya sebagai pesakit gout secara bertahun-tahun.

Kemudiannya saya mencuba memakan bubuk jawa ini diatas saranan untuk merawat penyakit gout. Alhamdulillah, syukur sangat kerana bubuk jawa ini sangat serasi dengan saya dan mujarab untuk menghilangkan penyakit gout saya.

Sekarang ni saya dengan makanan laut, daging merah, kacang-kacang, soya tahu tempe, ikan bilis, kami sudah menjalinkan hubungan yang baik. Kadang-kadang tu setiap hari berjumpa dan bermesra. Tak ada lah pantang sangat dah sekarang.

Cara-cara untuk memakan bubuk jawa

Sebenarnya macam-macam cara boleh guna untuk memakan bubuk jawa ini. Sama ada boleh sumbat di dalam pisang dan telan pisang terus sekaligus atau boleh dimakan bersama roti. Cara termudah yang saya lakukan adalah memasukannya di dalam secara air dan minum air tersebut. Tak sempat nak rasa apa-apa pun

Makan bubuk jawa ini merupakan ikhtiar alternatif dan tradisional. Selain gout, bubuk jawa juga dikatakan bagus untuk rawat sakit sendi dan semput juga. Apapun berbalik lah kepada yang menyembuhkan itu adalah Tuhan.