Iklan terbaharu keluaran pengarah terkenal Casey Neistat bermula dengan babak di mana dia mengeluarkan FuelBand jenama Nike sambil menunjukkan slogan, “Life is a Sport, Make It Count”.

Difahamkan, babak tersebut adalah satu-satunya elemen yang diminta oleh Nike untuk dimasukkan ke dalam iklan tersebut. Manakala yang lain? Neistat ikut kepala sendiri tanpa mempedulikan apa yang telah dijanjikan kepada Nike.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah berjaya membuat dua iklan untuk Nike pada tahun tersebut, Neistat dan temannya – juga seorang penyunting video – Max Joseph mula bosan dan mahu keluar dari kebiasaan. Dihadapannya adalah bajet sebanyak USD80,000 (~RM300,000) dan perjanjian yang telah ditandatangani bersama Nike.

Ketika tiba masanya untuk dia membuat iklan ketiga untuk Nike dengan bajet yang telah diberikan, Neistat mengambil keputusan untuk membuang perjanjian yang telah ditandatangi bersama dengan Nike dan memilih untuk keluar mengembara mengelilingi dunia.

Keputusan Neistat ini dianggap gila, pertama kerana dia telah melanggar perjanjian yang telah ditetapkan dan kedua adalah menggunakan bajet yang diberikan oleh client untuk mengelilingi dunia.

Dalam satu temubual bersama Fast Company, Neistat menyatakan bahawa apa yang dilakukan olehnya adalah untuk melupakan semuanya tentang Nike; tentang kasut, baju, jaket dan semua mengenai Nike.

Iklan yang berdurasi selama empat minit tersebut merangkumi perjalanannya ke beberapa negara luar. Dengan beberapa montaj makanan, babak di mana Neistat berlari atau berjalan mengelilingi kawasan yang dia kunjungi dan menghabiskan masa mengenali adat resam dan budaya.

“Kami seperti, baiklah dan kami berangkat,” kata Neistat. Semuanya kelihatan santai dan spontan. Ia seolah-olah iklan yang lain daripada yang lain. Tetapi masih dianggap relevan oleh pemerhati kerana ia mempunyai kaitan dengan apa yang Nike mahukan, iaitu “Life is a Sport, Make It Count”.

Namun, ketika mahu membentangkan iklan tersebut kepada Nike, Neistat akui bahawa dia takut dengan apa yang Nike bakal katakan dengan ‘projek gila’ tersebut. Dia juga menambah, ketika proses untuk suntingan, dia dan rakannya tidak ada idea bagaimana mahu menggabungkan 29 jam rakaman di 13 bandar yang mereka kunjungi.

Dengan bantuan rakannya, mereka bekerja dengan cepat dan berjaya mencari corak yang mereka inginkan dengan menggabungkan klip visual dengan petikan inspirasi dari Hunter S. Thompson, Albert Einstein, dan Marilyn Monroe. “Petikan itu mewakili idea yang bukan milik saya ; apa yang saya fikir adalah idea sejagat tentang apa yang dimaksudkan dengan membuat hidup menjadi lebih penting,” katanya.

Bagaimanapun, iklan itu berjaya mencuri tumpuan. Ia telah ditonton lebih 30 juta kali sehingga ke hari ini. Neistat mengangap idea ini gila kerana dia mungkin akan disaman oleh Nike kerana telah melanggar perjanjian. Tetapi melihat kepada hasilnya, dia berpuas hati dan berterima kasih kepada Nike kerana memberi kelonggaran kepadanya untuk berkarya.

“Sebagai pengarah, saya memiliki pekerjaan terbaik di dunia tetapi jika saya memecahkan tembok yang menghalang, maka apa gunanya kelebihan yang saya milikinya?” kata Casey.

Terdahulu, Casey Neistat telah menceritakan pengalamannya menaiki penerbangan termahal dunia bernilai RM128,450. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tonton Pengalaman Casey Neistat Menaiki Penerbangan Termahal Dunia Bernilai RM128,450

Lihat Video Casey Neistat Bercakap Tentang Kasut Yeezy Dan Nike