Bagi yang gemar travel, kata-kata ‘lagi banyak dapat jimat, lagi jauh dan banyak tempat kita boleh pergi’ bukanlah satu ayat yang asing. Maka bukan satu perkara yang menghairankan bila ada yang sanggup buat kajian dan perancangan seawal 6 bulan sebelum trip bermula agar dapat meminimumkan bajet sepanjang bercuti.

Tapi sebenarnya ada cara bagaimana nak berjimat dan di waktu yang sama dapat layanan macam VIP yang ramai belum tahu.

1. Disambut macam VIP di airport, siap ada driver dari serendah RM27 sehala

klook-13

Susah nak percaya kan? Rasa macam mahal pun ye. Tapi sebenarnya tak mahal pun jika pandai cari.

Bayangkan bila kita dah sampai di Bali, ada driver dah siap tunggu dengan memegang poster bertulis nama kita di balai ketibaan. Lepas tu terus kita dibawa ke kereta dan dihantar ke hotel yang dah ditempah.

Tak payah nak susah payah beratur tunggu teksi lagi. Dan lagi best semua ni hanya serendah dari RM27 sehala.  Tak percaya? Boleh semak  Ngurah Rai Airport Transfer di Bali di sini.

Malahan saya ada jumpa, airport transfer ke bandar Melbourne hanya dari RM75 sehala. Not bad lah!

2. Hanya scan kod QR dan terus masuk ke Hong Kong Disneyland dan taman tema lain

klook-8

Yes, tak payah beratur dan siap ada priority line. Dalam erti kata lain kita ada skip-the-queue privileges. Memang macam VIP lah. Tiket pun tak payah print jika dah download apps Klook. Hanya tunjukkan tempahan yang kita dah buat di apps tersebut masa nak masuk ke taman tema.

Dan lagi best, tiket atau pass masuk yang kita beli tu pun selalunya pada harga diskaun. Dah lah jimat masa, jimat duit juga. Tapi layanan macam VIP. Siapa tak nak. Cuba tengok pass masuk ke Disneylang Hong Kong di sini. Berbaloi kan?

Boleh dikatakan kita boleh dapat faedah yang sama untuk semua pass masuk ke taman tema, termasuk taman tema tempatan seperti Sunway Lagoon dan LegoLand. Rugi lah siapa tak rebut peluang begini.

3. Dapat pengesahan segera

klook-12

Kebanyakan aktiviti yang ditempah di Klook ada instant confirmation (pengesahan segera). Ini secara tak langsung membantu kita merancang trip dan susun itinerari dengan lebih mudah.

Cari saja simbol instant booking macam dalam gambar di atas. Senang sangat kan?

4. Travel percuma!

klook-14

Eh? Biar betul? Sebenarnya setiap kali kita buat tempahan di Klook, kita akan dapat  Klook Credit. Kredit ini boleh kita guna untuk next booking. Kalau dah banyak mata ganjaran terkumpul, memang ada aktiviti yang kita book tapi macam dapat percuma lepas tolak kredit dari Klook.

Dan kalau anda nak tahu, bukan hanya buat tempahan je dapat kredit, letak review di Klook pun dapat kredit juga. Not bad lah!

5. Jimat masa, tenaga, duit

klook-9

Dengan adanya Klook, kita bukan saja tak perlu sakit kepala cari pass masuk ke lokasi tarikan di destinasi percutian, tapi juga boleh dapatkan idea apakah aktitivi lain yang boleh dilakukan sepanjang bercuti.Semua ini kita boleh tempah online saja di Klook tanpa perlu pergi ke website lain. Memang jimat masa, tenaga dan wang.

Selain daripada jaminan harga terbaik, Klook juga turut tawarkan diskaun hingga 60% untuk  tiket masuk ke taman tema, lokasi tarikan pelancong dan aktiviti lain.  Malah sekarang pun ada promosi 10% diskaun tambahan sempena cuti sekolah dan promosi hujung tahun jika kita like dan follow Facebook Page Klook.

klook-3

Apa itu Klook?

Dah sembang bagai nak rak, lupa pula nak kenalkan apa Klook ini sebenarnya. Klook adalah singkatan bagi ‘Keep Looking’. Merupakan platform tempahan sehenti terbesar di Asia, Klook menawarkan the best deals  untuk lebih daripada 30,000 aktiviti dan tiket masuk ke 130 destinasi pelancongan di berbagai negara.

Di samping menyediakan pembelian pakej tour dan tiket bayaran masuk ke taman tema seperti di Hong Kong Disneyland dan lawatan sehari ke Halong Bay, Klook juga turut menawarkan banyak pilihan pengalaman baru yang unik serta destinasi tersembunyi yang mungkin anda tak pernah dengar sebelum ini.

klook-18

Tak terhad kepada pass masuk saja, di Klook juga ada pakej tour, tiket dan pass subway, speed train, bullet train, dan berbagai tempahan pengangkutan awam seperti JR Pass, kita juga boleh tempah pengalaman rare seperti meredah glasier di Iceland, tiket terjun bungy dan skydiving di New Zealand.

Malahan, pakej sewa WiFi dari serendah RM10 sehari pun ada di Klook.

Mungkin tak semua ada peluang nak travel ke luar negara. Tak apa. Anda boleh pertimbangkan untuk bawa keluarga ke LegoLand, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, atau KidZania. Cuti sekolah dah dekat, inilah masanya nak bawa keluarga jalan-jalan sekejap.

Dan kami ada berita baik untuk anda. Khas buat pembaca Vocket, anda bakal menerima baucer diskaun RM15 dari pembelian dan tempahan pertama yang dibuat di Klook. Layari Klook sekarang dan masukkan kod VOCKET15 untuk lebih penjimatan di sepanjang percutian anda.