“Ni tak habis kah?” tanya Pak Abu kepada Rania.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

“Tak.” jawab Rania pendek malu-malu kucing.

Lantas terus Pak Abu mengambil bebola daging yang tidak habis dalam mangkuk bakso Rania dan mengecilkan size bebola tersebut dengan tangannya sambil mulutnya tidak henti bercerita.

“Makanan ni kita bagi pada kucing kat luar hotel. Jangan membazir. Haiwan ni tidak ada dosa. Kita bagi makanan nanti dia tolong doakan kita. Kucing kat luar hotel ni, kalau Pak Abu datang dia mesti cium kaki Pak Abu. Kucing pun pandai terima kasih!”

Baca: Kisah Hutang Dilunaskan Melalui Keajaiban Sedekah Yang Menyentuh Hati Kita

sedekah-1

Pak Abu senyum-senyum bercerita. Anak-anak suka mendengarnya lebih lagi Rasyad yang sukakan kucing. Kemudian Pak Abu menyambung lagi.

“Kadang-kadang roti yang tak habis Pak Abu suruh staff hotel potong kecil-kecil dan Pak Abu bagi pada burung merpati.

Satu hari tu Pak Abu tengah bagi burung makan tiba-tiba azan. Burung-burung tu tinggal makanan dia dan terus terbang. Tengok! Burung pun pandai hormat waktu solat!” Anak-anak makin seronok dengar cerita ‘Atok Abu’. Tersengih-sengih mereka.

Tidak lama kemudian kami sekali mengikut Pak Abu berjalan di lorong-lorong kecil hotel mencari kucing dan ‘hadiahkan’ makanan yang tidak habis tadi.

Satu pelajaran bermakna untuk anak-anak saya! Terima kasih Pak Abu. Sedikit tetapi bermakna.

Posted by Masnira Ramli on Sunday, 22 May 2016

 

Baca lagi: Peristiwa Ini Bukti Allah Membayar Tunai Kepada Yang Bersedekah

Artikel di atas disumbangkan oleh Masnira Ramli. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group