Dengan imaginasi yang tinggi dan cukup, sebuah kereta Hot Wheels boleh melakukan apa sahaja. Tapi dalam realiti, kemampuannya hanya terhad kepada bergerak(meluncur) ke hadapan. Melainkan ia berada tangan Phil Foss, yang menjumpai cara bagaimana untuk drift kereta Hot Wheels seperti Ken Block lakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi apakah rahsia yang membuatkan kereta Hot Wheels anda drift? Ada dua bahagian dalam resipi ini. Pertama ialah permukaan low-friction yang cukup licin untuk membolehkan tayar plastik pada kereta anda meluncur. Anda boleh bereksperimen dengan pelbagai bahan sehingga anda jumpa yang sesuai, atau anda boleh beli Driftpad Phil berharga $15(RM45).

driftpad

Bahagian kedua dalam resipi ini ialah kepelbagaian sudut yang membolehkan kereta Hot Wheels anda drift dan pada pada masa yang mampu mengekalkan momentum pergerakan.

Anda perlu bereksperimen dengan setup anda sendiri untuk menjayakannya, tapi akhirnya anda perlu memastikan kereta anda drift, masuk dan bergerak semula dalam trek asal Hot Wheels, daripada membiarkan ia berhenti selepas drift seperti gambar di atas. Dalam video di bawah, kereta kereta itu drift semula ke dalam lif automatik, menjadikan satu loop perlumbaan tanpa henti.

SUMBER: Toyland