Indonesia telah mencatatkan dua kes coronavirus selepas Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo mengumumkan berita ini kepada media, Isnin lalu. Sejak itu situasi panik terus menerus menyerang negara dengan kepadatan penduduk sebanyak 273.52 juta orang.

Wanita berumur 31 tahun dan ibunya berumur 64 tahun telah ditahan di Hospital Sulianti Saroso Infectious Diseases. The Jakarta Post menyatakan bahawa kedua-dua mereka yang berasal daripada Debok, Jawa barat tidak diberi maklumat awal bahawa mereka telah dijangkiti wabak tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka diuji positif selepas dilaporkan bersentuhan dengan wanita Jepun yang kemudiannya diuji positif di Malaysia.

“Kami tidak pernah diberitahu bahawa kami telah diuji positif,” katanya. “Kami hanya mengetahui apabila [Jokowi mengumumkannya].” kata wanita terbabit dipetik dari Asia One.

Pengumuman ini bukan sahaja mengejutkan mereka berdua malah orang ramai. Selepas berita ini mula tersebar ke seluruh Indonesia, dilaporkan bahawa butiran peribadi kedua-dua pesakit didedahkan melalui aplikasi Whatsapp dan media sosial – alamat rumah dan pekerjaan antara perkara yang didedahkan.

Gambar suspek juga dilaporkan tersebar dengan beberapa gambar diletakkan keterangan ‘jangan kongsi’.  Mesej itu juga hadir dengan kronologi kejadian yang bermula dari ketika mereka ‘kononnya’ mengidap wabak tersebut sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital.

Kementerian Kesihatan telah menafikan bahawa kebocoran maklumat mangsa datang daripada pihak mereka

Manakala di bahagian ibu kota, Jakarta dilaporkan berbondong-bondong orang telah mula menuju ke kedai serbaneka untuk membeli bekalan perubatan, lapor The Straits Times.

Penduduk di ibu negara dan bandar-bandar lain di Indonesia telah keluar membeli keperluan asas. Manakala ada beberapa kelompok membeli ubat herba tradisional atau lebih dikenali sebagai ‘jamu’.

Tidak pasti adakah ia akan memberi kesan kepada coronavirus, namun ia diakui sendiri oleh Ms Sumini, penjual jamu di Colomadu, Kabupaten Karangayar, Jawa Tengah selepas harga beberapa barang keperluan untuk membuat jamu naik melambung,

“Harga halia merah dilaporkan naik dari 30,000 rupiah per kg kepada 50,000 rupiah per kg. Harga untuk halia aromatik meningkat dari 35,000 rupiah per kg kepada 42,000 rupiah per kg.

Manakala temulawak, yang sebelum ini dijual dengan harga 4.000 rupiah per kg, kini dijual dengan harga 12.000 rupiah per kg, “kata Sumini.

Situasi ini jelas berbeza di Malaysia apabila kita masih boleh bertenang dan tidak berlaku apa-apa situasi panik walaupun telah mencatatkan 50 kes. Kita masih mampu layan konflik politik dan tidak panik seperti Indonesia yang baharu sahaja mencatat dua kes.

Jokowi dilaporkan telah memerintahkan pihak polis untuk menangkap mana-mana peruncit yang menjual topeng muka dengan harga yang tinggi kepada orang ramai.

“Orang ramai tidak perlu membeli barang keperluan terlalu banyak . Membeli mereka dalam nombor yang banyak adalah perkara yang menyebabkan kekurangan bekalan.” Lapor National Post.

Indonesia sebelum ini telah mencetuskan tanda tanya dikalangan negara jiran selepas tidak merekodkan apa-apa kes coronavirus. Namun pihak kerajaan telah tampil menyatakan bahawa mereka telah menjalankan pemeriksaan yang teliti dan tidak merekodkan apa-apa keputusan positif sebelum ini.

Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto pada hari Isnin lalu menyatakan bahawa wanita berusia 31 tahun adalah seorang guru tarian dan telah menari dengan warga Jepun tersebut. Mereka dilaporkan adalah kawan rapat, di sebuah kelab di Kemang, Jakarta Selatan.

Berikut adalah cerita lain mengenai coronavirus untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Jokowi Sahkan Dua Warga Indonesia Positif Coronavirus

Kerana Fobia Coronavirus, Lelaki Cina Ini Dibelasah Tanpa Sebab Di London

Jururawat Mahu Teman Lelaki Sebagai Ganjaran Jika Coronavirus Berjaya Dihapuskan