Elon Musk bercita-cita membina dunia baru di Planet Marikh. Cita-cita ini pada mulanya mendapat kritikan dan tidak cost-effective kerana sudah tentu ianya sangat mahal dan sangat sukar dihadam oleh logik manusia.

Untuk melancarkan roket ke Planet Marikh menggunakan teknologi sediaada merupakan satu cabaran besar. Bayangkan, untuk melancarkan misi ke angkasa sahaja sudahpun menelan belanja sebanyak $50 juta.

Falcon Heavy, roket yang digunakan SpaceX untuk terbang ke Planet Marikh

Hal Ini belum lagi dikira bilangan roket yang tidak lagi boleh digunakan semula. Kemudiannya Elon Musk mempunyai idea gila iaitu mencipta roket yang boleh pergi dan balik berkali-kali. Sekurang-kurangnya roket yang mahal boleh diguna pakai berkali-kali dan mencapai return of investment yang pantas.

Ujikaji untuk membina roket tersebut menemui banyak kegagalan dan menelan kos yang sangat besar sehinggakan SpaceX tidak lagi mempunyai bajet untuk melancarkan eksperimen menguji roket.

Dalam pada itu kebijaksanaan Elon Musk sangat terserlah apabila beliau memilih untuk menonjolkan dirinya sebagai ‘manusia masa depan’ dengan cara membina kredibiliti diri sendiri dengan menaikkan jenama-jenama teknologi yang dibinanya seperti Tesla, Boring Company dan Solar City.

Tujuannya hanyalah untuk mendapatkan keyakinan dari pelabur dan kemudiannya menarik minat pelabur untuk melabur di SpaceX. Berikut merupakan strategi beliau dalam mendapatkan kos eksperimen roket yang kos yang lebih rendah sekaligus menjimatkan pengeluaran wang syarikat.

39a_aerial1

Strateginya berjaya apabila NASA memberi peruntukkan $1 bilion untuk meneruskan R&D luar jangkaan SpaceX. Ditambah lagi dengan pelaburan berpuluh billion USD dari pelabur. Akhirnya beliau berjaya membuktikan hipotesisnya dimana adalah tidak mustahil sebuah roket yang telah dipakai boleh diguna semula serta boleh digunakan berkali-kali.

Apa yang dilakukan oleh syarikat Elon Musk telah membuka mata ramai saintis dan hartawan dimana idea membina dunia baru tidak mustahil. Jambatan dan kenderaan kesana sudah menjadi murah dengan adanya SpaceX. Kini SpaceX dinilai dengan harga $398 bilion. Kebijaksanaan seorang jurutera, usahawan dan ahli pemasaran sangat teserlah dalam kisah ini.

39225582421_a004adf187_k-1

Hari ini peluang Elon Musk berterima kasih kepada Syarikat Tesla dengan memberi hadiah yang sangat ternilai iaitu dengan cara menghantar Tesla Roadster ke angkasa dengan cara ‘percuma’. Tesla sekaligus telah menjadi kenderaan buat Elon Musk menonjolkan dirinya.

Kepakaran ini digelar holy marketing skills oleh sesetengah pengamal bidang pemasaran. Menggunakan kekreatifan untuk mendapatkan impak tinggi dengan kos yang murah.

Dengan pelancaran Falcon Heavy yang menjadi tontonan masyarakat dunia, ditambah lagi rekod-rekod dunia yang dipecahkan, sudah tentu misi ini diingati dan menjadi buah mulut dunia untuk beratus tahun!

161221145423-cnn-heroes-thumb-elon-musk-full-169

Tesla tidak perlu lagi membelanjakan duit pelabur mereka dalam pemasaran lagi jika mereka mahu. Berapa billion telah dijimatkan agaknya dan berapa kali ganda juga tempahan untuk kereta Tesla bakal masuk pada hari ini.

Tahniah Elon Musk, SpaceX dan Tesla! Nampaknya buku-buku marketing dan silibus pembelajaran di universiti terpaksa menambah topik omni-channel marketing dan cross-marketing dalam silibus mereka. Untuk pakar ekonomi juga, ada ilmu baru untuk kita semua iaitu cara menggunakan bajet R&D untuk menanggung kos creative marketing.