Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sedekad yang lalu Facebook berjaya menjadi fenomena dimana orang ramai berminat untuk mendaftar sebagai pengguna dan sehingga kini laman media sosial ini masih lagi memegang takhta sebagai platform media sosial dengan pengguna teramai dunia.

Disebalik peningkatan pengguna setiap tahun, polisi dan skandal yang yang berlaku oleh syarikat ini nampaknya telah membuatkan orang ramai khususnya pengguna di Facebook bertindak untuk menutup akaun Facebook mereka. Hal ini turut berlaku pada Elon Musk yang bertindak untuk menutup akaunnya serta Facebook Page Tesla sekaligus memberi impak kepada Facebook.

Mark-Zuckerberg-joint-hearing

Sumber: vanityfair

Selain itu, skandal melibatkan Cambridge Analytica yang mengambil data pengguna untuk disalurkan kepada pihak ketiga antara yang membuatkan pengguna beralih kepada platform yang lain.

Berdasarkan laporan, dikatakan Facebook telahpun hilang 15 juta pengguna di Amerika Syarikat sejak 2017 berdasarkan insiden-insiden ini. Walaubagaimanapun, syarikat ini terus mencatat keuntungan serta peningkatan setiap tahun seluruh dunia meskipun kurang digemari di negaranya sendiri.

Sumber: marketingland

Dari segi demografik, difahamkan pengguna berumur 12 tahun sehingga 34 tahun semakin beralih arah daripada platform Facebook kepada platform media sosial yang lain. Menariknya peralihan golongan ini kepada platform yang lain seperti Instagram turut menguntungkan Facebook berikutan status pemilikan syarikat tersebut.

Melihat kepada penurunan pengguna di Amerika Syarikat, Mark Zuckerberg turut mengeluarkan pelan untuk menawarkan pengalaman pengguna yang lebih privasi selepas ini. Beliau turut meluahkan rasa menyesal kerana tidak mengikuti strategi WeChat yang berjaya menguasai pasaran China.

 

Anda Mungkin Suka