Pepatah Inggeris ada mengatakan ‘one man’s trash being another man’s treasure’. Inilah contoh klasik kepada pepatah tersebut apabila dua orang usahawan menukarkan minat mereka terhadap kereta kereta klasik menjadi sebuah syarikat pembuat jam mewah REC. Menggunakan alat ganti dan bahagian Ford Mustang lama, mereka berjaya menghasilkan jam tribute kepada kereta ikonik ini.

Dinamakan sempena jet perang World War II, jam P51 mempunyai jarum yang mirip tolok minyak dan paparan jam mengambil inspirasi dashboard Mustang. Setiap jam juga mempunyai nombor identifikasi kereta, tahun dikeluarkan dan beberapa aspek Mustang lain.

Tonton video di atas untuk lihat dengan lebih dekat jam tersebut. Dalam berita lain, lihat kolaborasi supercar Gran Turismo dengan BAPE, UNDEFEATED dan Anti Social Social CLub.