Nota Editor: Artikel ini diambil dan dialih bahasa dari Yahoo Finance untuk bacaan pembaca-pembaca bahasa Melayu. Semoga artikel ini memberi anda inspirasi untuk mencipta sesuatu hasil daripada peluang dan masalah yang muncul di hadapan mata.

Dari surfing di Teluk Cempedak, terjun bangunan di KLCC dan memanjat gunung Kinabalu, gajet yang wajib ada hari ini untuk kaki adrenalin ialah GoPro.

Dikenali sebagai sebuah kamera versatil di dunia, GoPro membolehkan penggemar sukan ekstrim untuk merekod pergerakan dan kongsi bersama pengguna sosial media di internet yang sentiasa menantikan aksi aksi stunt.

Kamera kecil ini dibuat oleh founder Nicholas Woodman seorang billionaire (beliau masih belum berusia 40 tahun). Sebagai seorang kaki adrenalin, Woodman dianggar bernilai sekitar $2.9 bilion menurut Forbes.

GoPro mula mendapat perhatian apabila penerjun udara Felix Baumgartner menggunakan GoPro untuk merekod penerjunan udara tertinggi dunia pada Oktober 2012.

Dikatakan kejayaan GoPro memasuki dunia mainstream ini disebabkan harganya mampu milik. Anda boleh mendapatkan GoPro Hero pada harga RM1,500 dan model yang lebih kompleks berharga lebih tinggi.

GoPro bukanlah bisnes pertama Woodman. Beliau memulakan Funbug pada tahun 1999 sebagai platform permainan dan pemasaran yang memberikan pengguna peluang untuk memenangi wang tunai sebagai hadiah. Walaupun ramai pelabur yang melabur (hampir $3.9 juta) bisnes tersebut gagal.

Untuk memberi nafas baru, pada tahun 2001 Woodman telah pergi ke Indonesia dan Australia selama 5 bulan dan pada masa inilah idea GoPro muncul. Sebagai seorang surfer, Woodman terfikir untuk mencipta kamera yang membolehkannya ikat pada pergelangan tangan dan merekod pergerakan, ombak dan lain lain.

Wall Street GoPro IPO

GoPro bermula sebagi satu strap untuk melekatkan kamera pada pergelangan tangan surfer dan model pertamanya dibuat daripada band getah dan surfboard leashes. Woodman kemudiannya menambah baik ideanya dan membuat keputusan untuk mencipta, strap pergelangan tangan, kamera, casing dalam satu pakej.

Prototaip pertama dibina menggunakan mesin jahit dan gerudi ibunya, dan dilancarkan pertama kali di San Diego’s Action Sports Retailer trade show pada 2004. Pada awalnya ia dijual di kedai peluncur, dan channel shopping QVC. Tidak lama selepas itu GoPro mula mendapat perhatian dikalangan peminat sukan ekstrim.

Sebahagian daripada modal syarikat datang daripada penjualan tali pinggang yang diperbuat daripada kulit dan manik yang mana Woodman dan teman wanita Jill (kini bergelar isteri) beli di Indonesia. Pasangan itu membawa balik 600 tali pinggang ke US dan menjualnya pada keuntungan $10,000. Woodman melabur sejumlah $30,000 dalam projek ini di bawah syarikat Woodman Labs.

Tapi cerita Woodman bukan cerita seorang zero ke hero. Beliau mempunyai sokongan kewangan yang baik daripada keluarganya. Ibunya melabur $32,000 pada permulaan startup sementara ayahnya seorang pegawai bank pelaburan di Silicon Valley yang mana kemudian melabur $200,000 pada syarikat itu.

Pada penghujung tahun pertama, GoPro telah menjual keseluruhan kamera bernilai $150,000 dengan Woodman mengambil rakan sekolejnya bekerja untuk membantu beliau memasarkan produk itu ke kedai kedai runcit surfing. Tidak lama selepas itu pengguna mendapati kamera video ini bukan saja berguna dalam air tapi juga di darat. Ini menyebabkan jualan GoPro meningkat apabila dijual kepada pemain ski dan juga penunggang basikal.

gopro-hero4-black-04

Pada tahun 2006, kamera ini menerima penambahbaikan, bukan saja mampu mengambil gambar tapi juga video serta audio dan populariti kamera ini turut meningkat. 2006, menyaksikan jualan $800,000 manakala tahun berikutnya jualan meningkat 4 kali ganda ke $3.4 juta.

GoPro menerima pelaburan luar antara 2010 dan 2012. Antara yang menjadi perhatian ialah pelaburan sebanyak $200 juta daripada Foxconn pada Disember 2012. Pelaburan syarikat elektronik China itu melonjakkan nilai syarikat ke $2.25 bilion dan Woodman, yang masih memiiki saham terbesar syarikat disenaraikan dalam senarai Billionaire Forbes.

Pada 2012, syarikat itu menjual 2.3 juta kamera dan pendapatan kasar $521 juta. Sekarang, ia telah menjadi sebuah brand digital imaging paling tinggi pendapatan di US, menewaskan Sony buat kali pertama.

GoPro bernilai hampir $3 bilion apabila diapungkan pada Jun 2014. Satu unit saham dijual pada harga $24 dengan peningkatan peratusan 2 digit setiap hari untuk beberapa hari selepas IPO.

Walaupun kejayaan ini hasil daripada pelaburan besar daripada venture kapitalis, sebahagian besar GoPro masih dimiliki oleh Woodman dan keluarganya. Kedua dua kakaknya dan ibu bapanya jutawan hasil daripada pegangan saham dalam syarikat.

Hari ini, pengguna boleh mengambil profesional video HD dan menyimpan dalam kad memori atau pindahkan secara wireless ke aplikasi GoPro dalam telefon pintar atau tablet. GoPro kekal menguasai 94% pasaran kamera aksi, walaupun kini muncul pesaing seperti Garmin Virb.

Tapi sekarang GoPro semakin kuat – sahamnya di pasaran stok bernilai $48, dua kali ganda harga IPO.

https://www.youtube.com/watch?v=2Fs0hkdJzk8