Sekiranya anda seorang peminat gadget atau iPhone, nama syarikat Foxconn mungkin nama yang tidak asing lagi. Untuk yang pertama kali mendengarnya, Foxconn merupakan sebuah syarikat Taiwan yang memasang Apple iPhone sejak daripada 2007 di China.

Syarikat ini mula menjadi bualan ramai selepas terpalit dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi yang berlaku. Dalam pada itu, kepercayaan yang diberikan Apple sejak model pertama iPhone antara yang membuatkan Foxconn menjadi syarikat bernilai tinggi sehingga kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimana Apple buatkan Foxconn menjadi kaya

iPhone-builder-Foxconn-robots-header

Mula ditubuhkan pada tahun 1974, Foxconn dari Taiwan ini menumpukan bisnes mereka kepada pemasangan komponen serta penghasilan cip secara kecil-kecilan. Nama mereka mula menjadi bualan ramai apabila Apple pada tahun 2007 telah memilih syarikat mereka sebagai pembuat iPhone untuk seluruh dunia.

Bermula dengan permintaan dalam kuantiti yang sikit, pengeluaran iPhone yang dikeluarkan Foxconn terus menambah berikutan fenomena Apple iPhone sejak sedekad lalu.

Berdasarkan hasil kerjasama bersama Apple, Foxconn terus menambah bilangan pekerja serta infrastruktur syarikat mereka untuk menampung pengeluaran Apple iPhone dengan lebih banyak.

Statistik pengeluaran iPhone dan peningkatan pekerja Foxconn

foxconnwi_04b

Berdasarkan laporan terbaru, Foxconn kini telah mempunyai 700,000 bilangan pekerja dimana separuh daripadanya ditempatkan di Zhengzhou yang juga dikenali sebagai ‘iPhone City’ untuk pembikinan Apple iPhone.

Kini, Foxconn berjaya memenuhi permintaan Apple dengan pengeluaran 500,000 iPhone dalam satu hari serta 210 juta iPhone sepanjang setahun. Melihat kepada jumlah pengeluaran Apple iPhone yang dihasilkan Foxconn, tidak mengejutkan untuk mengetahui nilai syarikat ini terus meningkat sejak sedekad lalu.

Tidak mahu bergantung kepada Apple semata-mata

Sumber: 9to5Mac

Berpeluang menjadi sebahagian daripada rakan kongsi Apple turut membuka peluang buat Foxconn untuk menghasilkan beberapa produk ternama yang lain.

Ketika ini, Foxconn berjaya menjadi syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan Sony PS4, konsol Nintendo serta Essential Phone. Dari segi penawaran komponen yang lebih baik, Foxconn turut menjalin kerjasama bersama Sharp dan Toshiba untuk membantu meningkatan skrin OLED untuk digunakan pada smartphone pada masa akan datang.

Masa depan Foxconn

CEO Foxconn, Terry Gou

Mengulas mengenai masa depan Foxconn, syarikat ini komited untuk memberikan yang terbaik buat Apple sekaligus ingin menarik lebih banyak lagi syarikat elektronik yang hebat untuk menjadi rakan kongsi mereka.

Melihat kepada trend smartphone yang tidak begitu stabil, CEO Foxconn, Terry Ghou berpendapat mereka sedang bersedia untuk mengeluarkan produk keluaran jenama mereka sendiri. Dengan gabungan hasil kepakaran beberapa jenama ternama kami yakin Foxconn mampu menjadi jenama yang besar di mata dunia.

Tidak dilupakan juga bilangan pekerja mereka yang teruse bertambah sepanjang berurusan bersama syarikat Apple.

Baca lagi: Apple Bakal Buatkan Samsung Lebih Kaya Dengan Penjualan iPhone

Sumber