Usain Bolt. Lelaki terpantas di dunia dan beliau merupakan satu-satunya atlet yang memenangi pingat emas acara 100m dalam 3 sukan Olimpik secara berturut-turut; Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Dalam perlumbaannya baru-baru ini, gambar ini telah tersebar luas menunjukkan Usain Bolt tersenyum lebar ketika pelumba yang lain berhempas pulas menghabiskan larian; seperti menunjukkan Usain Bolt tidak perlu berusaha keras untuk memenangi perlumbaan beliau.

Siapa jurugambar disebalik gambar hebat ini? Beliau adalah jurugambar untuk Getty, Cameron Spencer. Gambar ini adalah hasil tangkapan dari seorang jurugambar profesional yang merakam gambar ini pada masa tepat.

cameron spencer

Menurut Spencer, beliau mempunyai persaingan dari ratusan jurugambar lain yang turut sama ingin mengambil gambar Usain Bolt berlari. Tetapi Spencer mempunyai kelebihan kerana beliau antara jurugambar ‘otai’ yang dibenarkan untuk berada di kawasan rumput. Jadi beliau lebih dekat untuk merakam aksi Bolt.

Menariknya, pada waktu itu, beliau ditugaskan untuk merakam gambar acara di padang dan bukannya acara trek. Tetapi sebelum Bolt berlari, beliau gamble dan lari sebentar untuk beberapa minit dari tugasan asal untuk merakam acara 100m semifinal.

Dengan setting kamera yang beliau ada ketika itu (untuk tahu setting kamera Spencer boleh klik di sini), beliau tahu yang beliau boleh dapatkan gambar blurry background untuk menampakkan subjek sedang berlari laju. “Saya pernah merakam Bolt berlari sebelum ini. Beliau berlari dalam garis lurus dan sangat laju. Anda kena betul-betul tenang untuk rakam,” kata Spencer.

Senyuman nakal Bolt semasa larian itu menambah lagi keseronakkan pada gambar ini. Menurut Spencer, semua orang tahu Usain Bolt seorang yang fun dan lucu. Senyuman itu menunjukkan Bolt sedang ‘bergembira’ ketika beliau berlari.

Gambar berkenaan adalah yang paling menarik ketika perlumbaan itu. Pihak Getty sendiri mempunyai 11 jurugambar yang bertugas merakam gambar pada malam tersebut. Sebanyak 20,926 gambar dirakam dalam acara trek dan padang dan 876 gambar disenarai pendek dan diedit sementara gambar epik Bolt ini cuma mengambil masa 59 saat untuk ianya disebarkan ke seluruh dunia.

Bolt Run 2

Begitulah terhasilnya gambar epik Usain Bolt ini. Right time right place. Boleh dikatakan ini adalah salah satu gambar paling menarik di Rio setakat ini. Dan meme menggunakan gambar ini juga tersebar dengan cepat sekali. Boleh lihat pada gambar-gambar di bawah. Tahniah Spencer untuk gambar yang awesome ini.

usain meme 2

Usain meme 3

usain-meme-status

meme usain

usain meme

Sumber