Jika anda rasakan gambar ini dibuat menggunakan computer generated image (CGI), anda salah kerana gambar ini dirakam daripada set yang diperbuat daripada barangan elektronik yang dikitar semula atau lebih dikenali sebagai E-Waste.

Von Wong hadir dengan konsep penggambaran ini apabila mengetahui hanya 15% produk elektronik di seluruh dunia dimanfaatkan kembali untuk digunakan. Setiap litar pada komputer mengandungi sedikit kandungan emas dan jika anda rajin, anda bakal mendapat hasil yang lebih baik dengan mengitar semula alatan elektronik daripada anda melombong emas.

Ini adalah satu projek yang awesome dan semoga anda tidak mensia-siakan alatan elektronik anda. Lihat video atas. Memang hebat gambar yang dirakam daripada barangan E-Waste ini.