Cuba anda lihat dengan teliti gambar ini. Anda akan nampak gambar ini berwarna seperti biasa bukan? Sebenarnya, gambar ini telah ‘menipu’ anda kerana sebenarnya gambar ini adalah dalam format hitam putih.

Gambar ini dihasilkan oleh seorang artis digital bernama Øyvind Kolås. Imej ‘ilusi’ yang dihasilkan oleh Øyvind ini mendapat perhatian netizen apabila ramai yang tertipu dengan gambar ini. Bagaimana beliau melakukannya? Jawapannya adalah dengan menambah garisan berwarna yang memberikan ‘warna’ kepada pakaian dan background gambar ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika anda lihat dengan teliti, anda boleh lihat kotak-kotak kelabu kecil yang merupakan warna sebenar gambar ini. menurut neuroscientist dari Stanford University, David Eagleman berkata ilusi ini berlaku kerana mata anda secara automatik akan melihat ‘versi kabur’ sesuatu imej terlebih dahulu. Disebabkan itu anda akan nampak gambar ini berwarna.

Øyvind memanggil teknik beliau ini colour assimilation grid illusion, di mana beliau meletakkan garisan berwarna di atas imej hitam putih. Di bawah ini adalah hasil kerja Øyvind dalam bentuk video. Memang sangat cool!

Ini hanyalah beberapa contoh ilusi terbaru yang muncul di media sosial. Sangat menarik apabila sesuatu seperti ini muncul dan kita dapat melihat bagaimana mudahnya kita ‘ditipu’ dengan ilusi. Anda boleh ikuti Øyvind Kolås di YouTube untuk menantikan video terbaru daripada beliau.

Sumber