Siri Game Of Thrones(GoT) memang terkenal dan mempunyai peminat di serata dunia. Semuanya berubah bagi sebuah pekan kecil, Osuna yang terletak di Andalusia, Spain di mana pekan ini mendapat perhatian ramai sejurus pihak produksi GoT menjalankan pengambaran di pekan berkenaan.

Dalam musim kelima siri Game Of Thrones, masih ingat babak Daenerys Targaryan berjaya menyelamatkan diri dari Pit Of Daznak selepas serangan oleh Son of The Harpy? Lokasi dalam babak itu adalah di sebuah stadium lawan lembu Osuna yang dibina pada tahun 1904. Disebabkan keadaan dan nilai pengambaran stadium yang sangat sesuai untuk pengambaran babak berkenaan, pihak produksi berkampung di pekan ini selama 17 hari untuk menjalankan pengambaran.

GoT 1

Kesan dari pengambaran babak GoT ini, peminat siri GoT dari seluruh dunia datang ke Osuna untuk merasai dan melihat sendiri stadium berkenaan dengan lebih dekat. Secara tidak langsung, pekan Osuna mengambil peluang itu untuk menaikkan industi tourism pekan berkenaan. Kini penduduk setempat lega kerana mereka kini mempunyai sumber pendapatan yang baik.

got 2

got 6

Osuna sebelum ini menghadapi masalah pengangguran sebanyak 31.5 peratus dan menurut salah seorang penduduk di Osuna, Ana Belen Yebes beliau tidak lagi perlu meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di luar kerana beliau kini bekerja sebagai tourist guide untuk pengunjung yang datang.

Lebih menarik kedai makan di bandar berkenaan turut membuat menu makanan berdasarkan watak-watak yang ada dalam siri berkenaan. Cool! Anda juga boleh dapatkan baranngan merchandise dari siri GoT di serata bandar ini.

got 3

got 4

Got 5

Tidak sangka sebuah karya yang fiksyen mempunyai pengaruh yang sangat kuat. GoT ini ibarat sebuah tamadun lama yang benar-benar wujud. Lihat video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pekan Osuna ini.

Sumber