Satu statistik menunjukkan apabila tali pinggang keledar dipakai dengan betul, ia dapat mengurangkan risiko kecederaan maut pada penumpang hadapan sebanyak 45%, dan risiko kecederaan sederhana hingga kritikal sebanyak 50%.

Percaya atau tidak, pereka tali pinggang keledar yang kita gunakan di dalam kereta pada hari ini merupakan hasil ciptaan seorang bekas jurutera pesawat pejuang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari jurutera pesawat pejuang menjadi jurutera kereta

vocket-kilang-saab
Sumber Gambar: Pinterest

Nils Ivar Bohlin atau lebih dikenali sebagai Nils Bohlin telah bekerja selama 16 tahun dengan pembuat pesawat terkenal di Sweden, Saab untuk membangunkan ejector seats yang digunakan dalam pesawat pejuang. Sebelum memulakan kerjayanya, beliau telah mendapat ijazah kejuruteraan mekanikal dari sebuah universiti di Härnösand, Sweden.

Nils meminati bidang keselamatan lebih dari segalanya dan beliau membawa idea tersebut kepada team yang ada di Volvo. Ketika waktu itu, tali pinggang keledar bukanlah satu ciri standard pada kereta. Sekiranya anda mahukan tali pinggang keledar, anda hanya menerima tali pinggang keledar dua penjuru yang digunakan di dalam kapal terbang pada hari ini.

Tali pinggang keledar V-Type tiga penjuru mula diperkenalkan

vocket-tiga-penjuru-tali-pinggang-volvo
Sumber Gambar: Las Vegas Review-Journal

Dalam tempoh 1 tahun Nils telah berjaya mencipta tali pinggang keselamatan tiga penjuru berbentuk V-type dengan menggunakan pengalaman beliau semasa berada di dalam bidang keselamatan penerbangan sebelum ini.

Mengikut prosedur standard syarikat (SOP), Nils telah memohon paten ciptaan beliau. Oleh kerana Pejabat Paten AS mengambil masa yang agak lama untuk mengkaji tali pinggang keselamatan ciptaannya, beliau telah bekerjasama dengan team Volvo untuk memasang tali pinggang keselamatan pada kereta-kereta secepat yang mungkin.

Paten ciptaan Nils Bohlin telah diluluskan

vocket-v-type-tiga-poin-tali-pinggang-keledar
Sumber Gambar: Twitter

Pada 10 Julai 1962, Pejabat Paten AS telah memberikan hak paten Nils # 3043625 untuk reka bentuk keselamatan tali pinggang keledar tiga penjuru. Lebih menarik lagi setelah 2 tahun menggunakan tali pinggang keselamatan ciptaan Nils pada kereta-kereta Volvo, mereka berdua (Nils dan Gunnar) mendapati ia lebih berkesan dan efektif untuk mencegah kecederaan dan kematian dalam kemalangan jalan raya.

Nils Bohlin memilih untuk memberikan reka cipta tali pinggang keselamatan tersebut secara percuma dan ia telah menjadi salah satu standard industri automotif sehinggalah ke hari ini.

Gunnar Engellau gembira dengan pilihan ini kerana beliau pernah mempunyai kisah silam yang menyedihkan apabila beliau kehilangan ahli keluarga dalam satu kemalangan maut akibat penggunakan tali pinggang keledar dua penjuru.

“There’s a little bit of Nils Bohlin in every car”

vocket-nils-bohlin-tali-pinggang-keledar
Sumber Gambar: Twitter

Nils Bohlin dan Volvo memilih kebaikkan orang ramai berbanding keuntungan semata-mata. Pada tahun 1995, Nils menerima pingat emas dari Royal Swedish Academy of Engineering Sciences atas sumbangannya untuk keselamatan orang ramai. Beberapa tahun selepas itu, nama Nils Bohlin telah menjadi salah seorang daripada lebih 800 orang penerima penghargaan Automotive Hall of Fame pada tahun 1999.

Semenjak dari hari itu, rekaan tersebut telah menjadi penyelamat kepada jutaan nyawa pemandu kereta. Walaupun Nils Bohlin telah meninggalkan kita semua pada tahun 2002, tetapi ciri keselamatan ciptaan beliau masih digunakan pada setiap kenderaan sehinggalah hari ini. Terima kasih Nils Bohlin!

Klik pautan di bawah untuk membaca kisah inspirasi yang menjadi pilihan pembaca The Vocket.

 

6 Fakta Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu Mengenai Jenama Tesla

Bagaimana Idea Hebat Tukang Cuci Ini Berjaya Mengubah Nasib Syarikat Frito-Lay

Bagaimana Jollibee Ketepikan McDonald’s Untuk Terus Kekal Nombor Satu Di Filipina

Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin

 

Sumber