Sempena Air Max Day pada 26 Mac depan, Nike Air Max 1/97 X Sean Wotherspoon adalah kasut paling diidamkan para peminat sneakers. Peminat di Malaysia tidak perlu risau kerana ada beberapa store di Malaysia yang akan membawa masuk model edisi terhad ini. Kami kongsikan cara untuk anda beli kasut ini pada minggu hadapan.

1. JD Sports Malaysia

Untuk penyertaan di JD Sports Malaysia, anda perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi JD Sports untuk Android atau iOS dan isi butiran anda di sana sebelum 11.59 malam ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

2. Menerusi nike.com

Sean Wotherspoon Nike

Anda juga boleh cuba nasib di nike.com. Buat masa ini ianya masih belum boleh dibeli dan tiada diberitahu bila ianya akan available untuk dibeli. Jadi kena standby di depan laptop bermula 12.01 pagi pada 26 Mac nanti.

3. Hundred% KL

Sedikit berbeza dengan JD Sports dan nike.com, Hundred% akan menjalakan jualan kasut ini secara Ballot. Untuk anda membeli satu tiket ballot, anda perlu membeli sehelai baju edisi khas bernilai RM99 terlebih dahulu. Anda boleh membuat pembelian baju ini di sini.

4. Sole What

Anda perlu mengisi butiran anda di sini untuk peluang membeli kasut ini di Sole What.

Ini 4 cara untuk anda membeli kasut Nike Air Max paling hype tahun ini. Good luck!