Sebut sahaja iklan viral, kemungkinan minda bawah sedar kita akan membayangkan sebuah iklan video berdurasi pendek serta dipaparkan dengan gimik yang catchy. Sekiranya iklan berunsur makanan pula produk yang tampak fresh dan menggiurkan sudah menjadi kewajipan.

Buat syarikat Baedal Tong iaitu sebuah rangkaian kedai francais ayam goreng di Korea Selatan mereka memilih jalan yang sangat berbeza daripada para pesaing. Hasil kerjasama bersama syarikat pengangkutan bas di Korea, Bardal Tong telah meletak ‘ayam goreng’ di setiap bas dengan kadar yang banyak. Nak tahu bagaimana? Ini contoh ayam goreng yang tersedia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

AyamGorengBasKorea2

AyamGorengBasKorea3

AyamGorengBasKorea1

Sudahlah unik, berjaya menarik perhatian ramai pula. Sudah tentunya berjaya menarik perhatian orang ramai untuk upload hasil ‘penemuan’ ayam goreng di media sosial. Maka tidak mengejutkan untuk melihat iklan ini berjaya viral di Korea Selatan.

Kata orang sekali nampak iklan mungkin tidak mencuba. Kalau sudah 10 kali mencuba, keberangkalian untuk mencuba sudah tentunya tinggi. Apatah lagi apabila syarikat ini bijak memilih placement atau tempat untuk meletakkan iklan mereka. Di dalam bas dimana majoriti pengguna tertinggi hadir sewaktu pulang bekerja dengan perut yang lapar.

Tidak hanya berjaya menimbulkan keinginan buat orang ramai yang melihatnya, syarikat ini juga turut menyediakan aplikasi khas pada Android dimana orang ramai boleh menempahnya secara online. Bijak bukan?

AyamGorengBasKorea4

Disaat menggunakan public figure atau pengasas produk mencari publisiti dengan cara yang sadis untuk melakukan produk, masih terdapat pelbagai lagi cara lain untuk buatkan orang ramai membawa mulut mengenai produk yang ditampilkan. Semoga iklan ini mampu memberi inspirasi buat mereka yang aktif dalam membuat kempen pemasaran di negara kita supaya sentiasa aktif dalam menampilkan iklan yang lebih kreatif dan unik.

Sumber