Ada orang travel demi dapatkan cop pasport dan show off gambar sahaja. Tak belajar apa-apa, ilmu pun tak ada. Diri sendiri masih belum jumpa.

Pandangan dok jumud macam tu juga. Balik masuk ofis masih stress benda yang sama. Mentaliti masih sama jamban juga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang saya bilang sebelum ini, travel bukanlah sekadar pop culture yang dibuat orang untuk jadi popular serta merta. Ia adalah perjalanan ilmu dan kebebasan daripada belenggu kejahilan dan kejumudan.

travel-dan-beri-nilai-2

Salah seorang sahabat Rasulullah, Jabir bin Abdullah telah berkelana dengan keldainya ke Syria demi mendengar SATU hadis sahaja daripada Abdullah bin Unais.

6 imam hadith teragung (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidhi, Ibnu Majah, An-Nasai) mengambil masa berdekad-dekad untuk kembara ke sana sini demi mendengar, membahas, mengkritik, menolak, mengumpul dan membukukan hadis.

Imam Shafie ialah different breed of traveller entirely. Berbeza dengan 2 imam mazhab yang lebih awal daripada beliau.

Imam Abu Hanifah menetap di Kufah sahaja dan hanya berkelana ke Mekah untuk haji. Samalah juga dengan imam Malik yang hanya menetap di Madinah sahaja.

travel-dan-beri-nilai-4

Apabila imam Shafie mengembara, barulah beliau tahu betapa fiqah Islam pada masa itu adalah terlampau idiosynkratik (tidak seragam, tidak terurus).

Iyalah, imam Abu Hanifah hanya menetap di Kufah, maka bukan semua hadith telah capai sejauh Kufah seperti hadith “Setiap amalan bergantung pada niat” (kerana itulah mazhab Hanafi tidak perlu niat dalam melakukan ibadat).

Manakala, imam Malik hanya menetap di Madinah, beliau belajar daripada para tabi’in. Maka, adat dan budaya penduduk Madinah dijadikan metod fiqah, walaupun ia kadangkala bercanggah dengan sunnah.

Imam Shafie, pengkodifikasi fiqah terulung mencipta satu daripada mazhab 4 yang agung, dilahirkan di Gaza, dibesarkan di Makkah.

Selepas itu kembara ke Madinah belajar bersama imam Malik, hafal kitab beliau al-Muwatta’ dan jadi anak murid kesayangan Imam Malik.

Kemudian, mengkritik metodika imam Malik yang mengambil kira budaya penduduk Madinah sebagai metod fiqahnya.

Kemudian imam Shafie dilantik sebagai gabenor di Yemen, banyak konspirasi politik di sana sehingga ditahan pemerintah.

Beliau dipenjarakan di Baghdad dan kemudian dilepaskan juga lantaran kepintaran beliau yang menarik minat pemerintah ketika itu.

Kemudian, beliau menetap di Baghdad belajar bersama al-Shaibani (anak murid Imam Abu Hanifah). Mengkritik pula metod fiqah mazhab Hanafi. Pengikut mazhab Hanafi tak senang hati.

Kemudian, beliau berkelana ke Mesir pula, singgah di Mekah jadi imam di situ. Kemudian, ke Baghdad semula, kemudian Mesir lagi.

Imam Shafie adalah seorang traveler yang pintar dan bukan calang-calang. Bukan setakat hafal Quran dan kitab sahaja, beliau tok guru kepada pengumpul hadith terulung Bukhari & Muslim dan tok guru kepada Imam ibn Hanbal (mazhab Hanbali).

Dalam kembaranya menuntut ilmu, beliau banyak menyusun, mengorganisasi dan mengkodifikasi fiqah, yang dibukukan dalam kitabnya al-Umm dan ar-Risalah.

Banyak lagi tokoh islam yang berkelana menuntut ilmu dalam bidang perubatan, matematik, fizik, kimia, falsafah Yunani, bahasa dan lain-lain.

Mereka kembara ke negeri asing dan pulang ke tanahair mengajar! Begitulah sikap travelers dahulu. Travel demi menuntut ilmu, travel supaya ada value! Islam akan kembali gemilang jika travel dengan nilai dan ilmu.

travel-dan-beri-nilai-3

Dalam kita travel, wujudkanlah sedikit nilai, kalaupun tidak banyak. Kita tidaklah genius seperti imam Shafie, tidak perlu hafal apa-apa kitab pun.

Dalam dunia yang semakin canggih informasi di hujung jari, kau tuntutlah ilmu dengan bumi. Lihat alam semulajadi bagaimana ia dicipta?

Perhatikan gelagat manusia pelbagai kaum, bahasa dan agama, bagaimana interaksi dan integrasinya?

Lihat kesenian dan budaya, bagaimana keharmoniannya? Dengar sejarah, hikayat dan legenda, apakah pengajarannya? Rasai makanan, apakah zat & khasiatnya?

Berjalan di pasar dan bazar, bagaimana sosioekonominya? Lihat struktur dan organisasi pembangunan, kewangan, pendidikan, kesihatan – apa perkara baik untuk tanahair yang boleh kita bawa atau teroka?

Janganlah travel semata-mata untuk cop pasport dan show off gambar saja. Buang masa, buang duit tu. Bagilah nilai sikit. Sekurang-kurangnya travel hingga terbuka minda pun jadi lah. Persoalannya, kau travel dapat apa?

travel-dan-beri-nilai-5

Puisi kembara imam Shafie

Tiada kerehatan dalam bermastautin bagi orang berilmu dan berbudaya.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.
Berkelanalah, engkau akan dapat cari ganti barang yang engkau tinggalkan.
Berusahalah, kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Jika kau kembara, maka tinggilah permintaan terhadapmu. Jika kau kembara, maka kau disanjung bagaikan emas.

Baca lagi: Kembara 333 Hari Keliling Dunia Temukan Saya Dengan Perkara Paling Berharga Dalam Hidup