Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.

Tetapi peniaga online sering kali gagal menarik trafik ke laman sesawang mereka untuk membuat jualan. Memang boleh dapat trafik jika guna Facebook Ads, tetapi ia akan menyebabkan kos tinggi apabila ramai pesaing menjual produk yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya percaya eBay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat jualan dan tarik trafik. Di sini saya kongsikan beberapa barang yang boleh dijual di situ ketika ekonomi gawat.

Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di eBay jika kena caranya. Kita mulakan dengan modal RM8, apa yang anda boleh jual?

1. Daun Ketapang

Ini penjual di Ebay dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam USD. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris namanya catappa leave atau indian leave. Nama saintifik daun ketapang ialah Terminalia Catappa. Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

Modal pos: RM8 (USD1.80)
Jualan seunit: RM25.60 (USD5.75)
Yuran eBay: USD0.58
Yuran Paypal: USD0.47
Untung bersih seunit: USD2.90 ( RM12.92)
Dengan menggunakan tukaran matawang pada USD1 = RM4.4541

Penjual eBay ini dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit. Keuntungan hasil dari jualan ini ialah RM981.92! OKlah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!

Dimana nak dapatkan pokok ini? Apa orang putih buat dengan daun ini? Habitat asal pokok ketapang ialah Asia Tenggara. Ia biasa ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya. Pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia kerana ramai yang tak tahu khasiatnya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir.

Pokok ini digunakan untuk mencantikkan landskap dan tempat teduhan di tepi pantai. Selain itu daunnya digunakan untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.

Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam akuarium bagi mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.

Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang mendapat permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di Malaysia dengan percuma sahaja.

2. Tongkat Ali

Harga tongkat ali di Mudah.

Di Malaysia, serbuk tongkat ali boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama ada secara online dan juga offline.

Jika anda lihat di bawah ialah penjual online yang menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja. Dengan modal RM3.54/oz, penjual eBay ini berjaya menjual dengan harga USD9.95 per oz sebanyak 504 unit!

Modal 1 oz serbuk tongkat Ali: USD0.80
Modal pos: USD1.80
Jualan 1 oz: USD9.95
Pelanggan bayar pos: USD2.55
Yuran eBay: USD1.25
Yuran Paypal: USD0.66
Keuntungan bersih seunit: USD7.99 (RM35.54)

Penjual eBay ini berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM17,912.16! Hanya menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja. Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama dan menjadikan bisnes di eBay sebagai sumber pendapatan utama anda.

Sebenarnya banyak barang-barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah penjajah sanggup merantau ketika zaman kesultanan Melayu Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di Tanah Melayu ini. Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah dibuat di eBay. Selamat mencuba!