Lamborghini adalah kereta mewah ikonik yang selalu menangkap mata orang yang memandang ketika ia beraksi di jalan raya. Walaubagaimanapun, syarikat yang diasaskan oleh Ferruccio Lamborghini ini mungkin tidak akan pernah wujud jika Enzo Ferrari bersikap terbuka dan bukannya menghina.

Lamborghini adalah lelaki yang dilahirkan di Itali. Dia juga adalah seorang bekas tentera. Setelah Perang Dunia ke-II, dia telah berkecimpung dalam industri pembuatan traktor setelah mendapati banyak logam yang terbiar akibat daripada kesan peperangan.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
1_OhCJb187cETO1Sig6MgiSg

Medium

Menurut The Independent, ketika ayahnya, seorang petani, memerlukan sebuah mesin untuk digunakan di ladang, Lamborghini telah bertindak membina sebuah traktor dari beberapa alat ganti yang dia jumpa.

Kepakaran Lamborghini telah menjadikannya terkenal sebagai mekanik yang menjadi tempat rujukan tentera Itali. Mereka hadir ke tempatnya untuk memperbaiki atau memasang beberapa alat bagi membina mesin yang melibatkan industri ketenteraan.

556812

Car Buzz

Perniagaan Lamborghini dalam industri traktor telah menjadikannya antara orang yang sangat kaya dan kebanyakan duitnya dihabiskan untuk membeli beberapa kereta mewah.

Salah satu kereta yang dibeli oleh Lamborghini adalah jenama Ferrari 250GT. Namun dia merasakan seperti ada masalah dengan model 250GT ini. Terkenal sebagai seorang lelaki yang teliti, dia mendapati bahawa kereta model 250GT keluaran Ferrari ini mempunyai masalah di bahagian klac.

Lamborghini photo at LamboCARS.com

LamboCars

Tidak mahu masalah ini terus berulang. Suatu hari, Lamborghini telah memutuskan untuk berjumpa dengan Enzo Ferrari dan memberitahu masalah yang dia hadapi sepanjang membawa kereta Ferrari 250GT.

Ketika dia mencadangkan kepada Enzo Ferrari agar mereka menggunakan klac yang lebih baik bagi kenderaan kelas mewah. Lamborghini diserang dan diejek oleh Enzo Ferrari. Tidak cukup dengan itu, Lamborghini diminta untuk fokus kepada industri traktor sahaja dan jangan masuk campur urusan kereta.

Ferruccio_with_Lamborghini_Miura_SV-1

MyAutoWorlds

Terkesan dengan hinaan tersebut,  dia telah bersumpah untuk membina sebuah kereta GT dengan sasaran untuk mengalahkan populariti kereta Ferrari. Dibantu oleh 3 bekas pekerja Ferrari, dia bereksperimen untuk membina sebuah kereta GT yang mewah dan berkuasa serta mampu untuk dipandu sehingga 241km/jam.

Dari situ lahirlah Lamborghini 350GT dan ia dilancarkan pada tahun 1963 di Turin Auto Show. Walaupun kereta ini tidak hadir bersama-sama dengan enjin, namun, Lamborghini telah menerima beberapa pujian yang baik dari pakar dan pemerhati yang hadir ketika itu.

1972-lamborghini-miura-sv-for-sale-at-joe-macari-london_100741060_l

Lamborghini 359GT

Sejak itu, Lamborghini tidak pernah berhenti untuk mengeluarkan kereta-kereta mewah. Pada tahun 1966, model Lamborghini Miura dihasilkan dan disebut sebagai supercar pertama dunia. Manakala pada tahun 1970-an, Lamborghini kembali dengan Countach, sebuah kereta yang kelihatan futuristik dengan reka bentuk bukaan pintu yang lain dari yang lain.

Walaubagaimanapun, Lamborghini tidak mampu untuk mempertahankan jenamanya. Dia telah bertindak menjual perniagaan automobilnya setelah mengalami beberapa masalah. Jenama Lamborghini pada mulanya bertukar tangan beberapa kali sebelum akhirnya dibeli oleh Audi – sebahagian daripada kumpulan Volkswagen – pada tahun 1990-an.

2020_lamborghini_aventador_svj_roadster_4k_5k_4-HD

HD Car

Namun begitu, Lamborghini telah mengajar kita bagaimana seseorang itu bangkit setelah dihina oleh Enzo Ferrari. Walaupun kata-kata Ferrari itu dianggap kejam, tetapi ia sedikit sebanyak telah memberi motivasi kepada Lamborghini untuk membina sebuah jenama kereta yang hingga sekarang menjadi kegilaan orang ramai.

Terdahulu, dua beranak dikejutkan dengan hadiah berupa Lamborghini Aventador, klik pautan di bawah untuk membaca.

Bermula Sebagai Projek DIY, Dua Beranak Ini Dikejutkan Dengan Hadiah Lamborghini Aventador Sebenar

Supreme Lancar Koleksi Kolaborasi Bersama Lamborghini Yang ‘Mampu Milik’

Pembeli Ini Tekad Saman Lamborghini Selepas Huracan Putih Beliau Bertukar Warna Kuning

Anda Mungkin Suka