Payless adalah rangkaian butik yang menjual kasut mampu milik popular di Amerika Syarikat. Payless juga pernah membuka cawangan di Sunway Pyramid beberapa tahun yang lalu.

Payless baru-baru ini telah membuat satu kempen untuk melihat sejauh mana orang sanggup untuk membeli kasut murah dengan harga yang tinggi. Payless melancarkan sebuah jenama palsu bernama ‘Palessi’ dan ketika majlis pembukaan, influencer dari serata Amerika Syarikat dijemput untuk memeriahkan acara berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Disebabkan ramai yang hadir dikaburi dengan rupa mewah butik berkenaan, ada yang sanggup membuat pembelian kasut Palessi dengan harga setinggi USD600 (RM2,500) sedangkan model yang sama boleh dibeli dengan harga RM80 di Payless.

Palessi dikhabarkan berjaya menjual barangan bernilai USD3,000 ketika hari pembukaan. Selepas acara itu tamat, Payless membayar kembali influencer yang membeli di Palessi. Bagaimanapun pembeli dapat terus simpan kasut yang mereka ‘beli’ di Palessi.

Iklan Payless ini mendapat respon yang positif daripada netizen di Amerika Syarikat dan ramai yang memuji pemasaran Payless ini sangat genius dan lain daripada yang lain. Sesuatu jenama mewah memang boleh ‘membutakan’ anda sedangkan anda boleh dapat barangan dengan kualiti yang sama pada harga yang jauh lebih murah.