Sekiranya restoran fast food McDonald’s sentiasa menjadi pilihan di hati pengguna, tetapi tidak semua negara menjadikan McDonald’s restoran nombor satu di hati mereka.

Di Filipina, nama rangkaian Jollibee sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia sangat berjaya sehingga tiada jenama fast food antarabangsa yang dapat ‘menundukkan’ mereka ketika ini selama 40 tahun. Jadi mari kita lihat faktor kejayaan Jollibee di Filipina.

1. Jenama ‘Made In Philippines’

JOLLIBEE_FOODS_CORPORATION’SJollibeesabahahshasbdfsdk.jvfjsdfkfg_1544851375
Sumber: Good News

Pada tahun 1975, pengasas jenama Jollibee iaitu Tony Tan Caktiong (ketika itu berusia 22 tahun) dahulunya merupakan usahawan yang menjual ais krim bagi francais Magnolia Dairy Ice Cream. Tony berhasil menubuhkan dua buah outlet ais krim Magnolia di bandar Quezon dan Manila, Filipina atas berkat wang simpanan keluarganya.

Malangnya, perniagaan jualan ais krim yang diusahakan Tony hampir hilang pelanggan disebabkan ketiadaan penjualan menu makanan panas. Berikutan itu, Tony telah mengambil langkah dengan memulakan penjualan menu hamburger dan sandwich di premis tersebut.

jollibee (2)
Dahulunya merupakan premis yang menjualkan ais krim Magnolia dan berubah menjadi restoran makanan segera Jollibee.

Disebabkan menu ais krimnya sudah lagi tidak popular, Tony mula mengambil keputusan untuk membuka sebuah restoran makanan segera dengan penjenamaan Jollibee di Manila pada tahun 1978. Pesaingan industri makanan segera mula berlaku apabila McDonald’s dan KFC dikatakan mula menembusi makanan di Manila sekitar 1980-an.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Tony dan terbukti hari ini, Jollibee mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa seperti McDonald’s, KFC dan Burger King.

2. Warga Filipina tidak menyukai rasa makanan McDonald’s

maxresdefault (1)
Sumber: YouTube

Seperti juga penduduk Kelantan, penduduk Filipina suka makan makanan manis. Tabiat permakanan tersebut menjadi pemangkin untuk Jollibee menghasilkan menu seakan-akan McDonald’s cuma ‘dikuatkan’ rasa manis yang bersesuaian dengan selera warga Filipina.

Rasa sos yang lebih manis merupakan tarikan warga Filipina untuk menikmati menu Jollibee. Untuk pengetahuan anda, menu-menu yang diperkenalkan Mcdonald’s Filipina seperti spagheti, ayam goreng, kentang goreng, sandwich daging atau ayam juga mirip menu di Jollibee. Namun, Jollibee lebih menarik minat warga Filipina berbanding McDonald’s.

3. Persaingan harga makan dan cara restoran beroperasi

1000th-store-resized
Sumber: 8 Days

Sudahlah rasa manis makanannya menambat hati warga Filipina, harganya juga dikatakan sangat berpatutan dan lebih murah berbanding harga menu McDonald’s. Menu harga Jollibee dikatakan 50 sen lebih murah berbanding McDonald’s. Mungkin bagi anda perbezaan 50 sen itu tidak banyak tetapi ia sangat bermakna bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Tidak salah menyokong perniagaan anak tempatan apatah lagi menu yang disediakan oleh kedua-dua francais tersebut juga sama. Ringkasnya, menu Jollibee lebih kepada sasaran golongan pertengahan di Filipina.

Tambahan pula, Jollibee juga meniru cara McDonald’s beroperasi iaitu pelaksanaan kaedah pembelian secara drive-thru dan pembukaan restoran 24 jam.

4. Jollibee mempunyai unsur pengaruh budaya Filipina

McDonald’s sememangnya terkenal dengan maskot badut mereka. Jenama Jollibee juga tidak kurang hebat dengan penggayaan maskot mereka tersendiri. Dikatakan maskot keluaran mereka ada pengaruh unsur budaya masyarakat Filipina.

Maskot yang digayakan dengan pemakaian blazer berwarna merah dan kuning serta bertopi merah terasa dekat di hati warga Filipina. Maskot tersebut juga melambangkan kehidupan warga Filipina yang selalu sibuk namun masih mampu ceria menjalani kehidupan.

Berikutan itu, Jollibee juga digelar sebagai ‘restoran keluarga’ kerana francais berkenaan berjaya meningkatkan nilai kekeluargaan dalam kalangan warga Filipina. Jika anda menonton iklan Jollibee, nilai kekeluargaan merupakan mesej utama yang ingin mereka sampaikan.

Iktibar daripada perkongsian ini, harus diingat jenama lokal juga boleh maju dan mampu untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Jollibee kini mempunyai 1,300 cawangan di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat dan Eropah.

Walaupun sudah 45 tahun beroperasi, masih tiada lagi cawangan Jollibee di Lembah Klang. Tetapi tahukah anda, Jollibee telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia tahun lalu? Tetapi anda perlu terbang ke Sabah terlebih dahulu jika mahu mencubanya. Mungkin tidak lama lagi, ia akan dibuka di Semenanjung Malaysia pula.

Sebelum ini, Jollibee telah merancang untuk membuka 100 cawangan restoran di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Jollibee Rancang Buka 100 Cawangan Restoran Di Malaysia

Mengapa McDonald’s Gagal Berniaga Di Iceland

Sumber