Travel tak selalunya indah, biar aku nampak bodoh asalkan orang lain tak terkena macam mana aku dan kawan-kawan lain. Betulkan niat, insyaAllah nanti Allah gantikan dengan yang lain.

Ini cerita sewaktu kami hendak menaiki keretapi dari Delhi-Agra.
Tiket kami dah siap beli online dariada Malaysia dan waktu itu kami sampai di stesen keretapi pada waktu yang betul dan berada di landasan yang betul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Inilah keadaan di dalam keretapi.

Sedang kami terkial-kial tengok nombor gerabak di kertas tiket, datang seorang lelaki India dengan tangan patah berbalut kononya nak tolong tengok tiket kami. Nak bantu bagi tahu kami harus naik di gerabak mana. Waktu itu kami beli general sleeper seat sahaja (kuota warga tempatan.

Dengan yakin lelaki ni cakap kami tak boleh guna tiket kuota warga tempatan dan akan disaman. Dan dia cakap kami harus menukar tiket train untuk kuota pelancong. Dia suruh kami pergi ke kaunter tiket dan dapatkan tiket baru.

Dengan rela hati dia pun tolong kami ke kaunter, tapi dah nama India, orang ramai tak ingat dunia di stesen keretapi.

Sedang kami berada dalam barisan panjang, datang seorang lelaki India berpakaian kemas dari tepi kaunter tiket. Lagak seperti salah seorang staff di situ.

Dia datang ke arah kami dan melihat tiket kami dan bagi tahu kami kena dapatkan tiket baru di India Tourism Board dan dia siap tawarkan kan harga teksi untuk ke sana.

Sampai di pejabat India Tourism Board, kami di sambut oleh 2 orang pekerja dengan lakonan buka komputer dan semak ticket yang masih ada untuk ke Agra. Tapi tak ada lagi kuota untuk hari itu.

Jadi dia terus approach untuk bantu kami dengan mencadangkan pemandu yang konon-konon dari India Tourism Board sendiri dengan harga Rs20,000.

Setelah kami berbincang, kami tak setuju dan ambil keputusan untuk balik semula ke hotel dan lupakan niat untuk ke Agra dan Taj Mahal.

Tiba-tiba bila kami nak balik dia bagi kami diskaun harga Rs10,000 atas alasan salah seorang daripada kami adalah pelajar dan dia pejam mata bagi kami harga pelajar (student rate). Harga itu adalah untuk perjalanan pergi dan balik dari Delhi-Agra beserta tour di Agra.

Baca: 15 Tip Travel Ke Kashmir, Delhi, Agra Dan Jaipur Di India

Gambar di atas sewaktu kami naik ke perkampungan di Changmar.

Di sebabkan kami dah tak ada mood, kami setuju je. Tapi apa yang kami nampak waktu tu, bukan kami sahaja yang ada. Ramai traveler muda yang datang dari negara lain.

Hati kami terdetik, oh bukan kita je yang tak lepas ramai lagi yang senasib. Kami hanya terfikir yang ini adalah scam bila kami berada di dalam kereta sewaktu perjalanan ke Agra.

Masa itu baru terfikir yang semua ni rancangan yang diorang dah susun dari stesen keretapi lagi. Masa itu baru terfikir kenapa diorang asingkan semua mangsa-mangsa yang datang ke pejabat tourism board itu.

Nasi dah jadi bubur, apa nak buat. Kami teruskan sahajalah perjalanan kami ke Agra.

Saya tak kisah kalau orang nak menilai saya bodoh atau apa sekali pun. Saya anggap Allah pilih saya untuk di uji supaya saya dapat menulis tentang perkara ini dan sampaikan kepada anda semua.

Supaya anda semua tidak menjadi mangsa penipuan di sana. Mungkin ini sahaja sumbangan yang mampu saya bagi. Soal kerugian dan rezeki, nanti mesti Allah akan gantikan dengan yang lain.

Jadi sentiasa berhati-hati sewaktu di India sebab scam diorang ni dah tahap professional dan sangat pandai berlakon macam dalam filem Hindustan juga. Jangan sangka anda sudah selalu travel anda akan terlepas untuk di tipu.

Sebaiknya beli tiket kuota pelancong (online). Kalau beli tiket kuota general sekalipun, kena tegas dan naik sahaja keretapi. Kalau kena saman pun bayar sahaja di dalam train.

Sebenarnya tak ada masalah untuk gunakan tiket kuota general yang di beli secara online. Cuma scammer sahaja yang menggunakan alasan ini untuk tujuan mencari duit tambahan dengan memperdaya pelancong supaya mengambil package mereka yang sememangnya berkali ganda mahal.

Baca lagi: 30 Cabaran Yang Bakal Anda Lalui Apabila Travel Di India