25/9/2017: Seusai menguruskan perjalanan pulang ke Malaysia untuk trip Kashmir sebanyak 36 orang, Abby dan 4 orang lagi meneruskan misi menawan Manali dan Kullu Manali secara trip adventure.

3 dari kami, Abby, June, Elinn menghabiskan trip Kashmir, Agra, Delhi (18-25 September 2017) bertemu di airport Delhi dengan 2 orang lagi Ain dan Zuna (23-25 September 2017) yang baru pulang dari Kashmir. Lima travellers yang sebelumnya sangat asing bersepakat utk meneruskan pengembaraan ke Himachal Pradesh, India. Kami bersetuju memilih Manali kerana ke unikannya.

Sebelum ke sana, banyak juga buat survey dan kajian yang kami dah buat untuk aktiviti di sana, tetapi tak banyak ejen yang uruskan trip yang agak adventure. Yang ada hanya biasa-biasa.

Abby bertemu dengan Piyush dari Instagram dengan nama Prakticalling. Kelihatan seperti banyak menguruskan trip, maka kami semua sepakat memilih beliau untuk uruskan trip kami.

Taktik scam ejen Piyush

Permulaan trip bermula pada tarikh 26-9-2017 hari Selasa. Kami selamat tiba di Chandigarh Terminal Airport dari New Delhi airport pada pukul 8 pagi. Setibanya di airport kami menunggu ejen (Mr Piyush) yang akan membawa kami ke Manali.

Hampir satu jam 30 minit menunggu bayang-bayangnya tidak kelihatan. Kami semakin cuak dan berfikir telah ditipu oleh Piyush. Berkali panggilan dan mesej tidak berjawab . Waktu tu makin redha sahaja duit deposit Rs10,000 kami dah lesap.

Jadi kami buat keputusan ambil bas untuk ke bandar. Waktu itu kami dah berserah dan anggap tidak ada rezeki mahu ke sana. Kami merancang plan B ke Shimla. Kami bernasib baik berjumpa dengan orang tempatan di dalam bas yang kami naiki (Mr Rahul) dan beliau memberi tips bagaimana untuk pergi ke Manali.

Setibanya di terminal bas, sambil menunggu bas ke Manali, Piyush telah menghubungi salah seorang daripada kami dan pelbagai alasan yang diberi olehnya yang tak logik di akal. Lebih kurang jam 11.30 tengahari kami berjumpa Piyush di stesen bas, gayanya tidak seperti tour agent, muka orang bangun tidur atau mabuk dan lalok.

Penat, letih, lapar, stress belum habis Piyush memberi lagi tekanan apabila meminta bayaran penuh. Katanya kereta tidak dapat bergerak jika bayaran penuh tidak dijelaskan. 12 tengahari barulah perjalanan bermula. Ingatkan scam hanya di sini sahaja, tapi gaya Mr Sanju (pemandu kami) seperti mencurigakan. Di setiap checkpoint kereta berhenti dan dia akan memberi wang kepada orang tersebut.

Servis kereta, isi minyak, pam tayar semua dilakukan pada masa ini. Bila ditanya kenapa tidak dilakukan ‘early preparation’, dia hanya menjawab ini adalah prosedur dan permit sebelum prjalanan diteruskan. Tidak cukup dengan itu pemandu pun ditukar. Kali ini Mr Golu pula.

Masalah besar, Golu ni tidak fasih berbahasa Inggeris. Hampir 15 jam perjalanan yang memenatkan dengan perut kosong, barulah sampai di Summer Villa cottage pada jam 11 malam. Makan dan tidur.

27.9.2017 Rabu
Seharian yang memenatkan telah dipulihkan kembali apabila kami dibawa ke Solang Valley Adventure iaitu tempat untuk bermain ski, paragliding dan menaiki kereta kabel di sini. Kemudian kami dibawa untuk shopping sekitar Solang Valley. Lebih kurang satu jam kami pergi ke Van Vihar Manali Park untuk bergambar. Hutan pinus ala Jogja atau Jepun.

scam-di-india-1

scam-di-india-2

scam-di-india-3

scam-di-india-4

scam-di-india-5

scam-di-india-6

scam-di-india-7

scam-di-india-8

scam-di-india-9

scam-di-india-10

Perjalanan mengundang maut bermula

Nah. Inilah perjalanan yang paling ‘rare’ pernah dilalui seumur hidup. Dari petang hingga ke malam kami terpaksa menghadap ‘dangerous road‘ iaitu salah satu jalan yang paling berbahaya di dunia untuk sampai ke Dragon guest house, Magic Valley Malana.

Zikir dan selawat tak putus meniti di bibir apabila melihat gaung kiri kanan, ditambah jalan yang sempit dan batu-bata gelongsor ke bawah apabila kenderaan lalu. Ada di satu tempat, kereta innova yang kami naiki berselisih dengan bas, masa ni hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan cuak, cemas, ngeri, gementar datang silih berganti.

Ditambah jalan yang gelap tiada lampu jalan, suasana yang hening dan sunyi mencemaskan lagi keadaan pada masa itu. Bayangkan perjalanan menggerunkan berjam-jam untuk mendaki bukit dan cerun berketinggian 8,700sq ft.

Semasa perjalanan kami ke Dragon Guest house, pemandu kami sempat berhenti di Negi Hotel, Kasol kira kira 3,000 sq ft dari dataran. Bertanya jalan ke destinasi. Kami ada mendengar tuan punya Negi’ Hotel bagi info waktu malam tidak sesuai untuk ke sana dan sangat berbahaya.

Tetapi disebabkan bayaran penuh telah diberi kepada Piyush, kami teruskan juga perjalanan yang mengundang maut ini. Kami lalui dua empangan dan empangan yang terakhir ini tidak membenarkan mana-mana kenderaan masuk kerana bentuk jalan yang sangat teruk, licin dan tidak sesuai untuk kereta Innova naik sampai ke atas.

Tetapi kami berjaya juga untuk memasuki kawasan tersebut setelah Golu meminta kebenaran. Yesssss jalannya makin teruk, licin, berselut dan tak sanggup lagi untuk kami lalui. Ya Tuhan, ketika itu hanya mampu fikir dan doa yang terbaik. Perasaan cuak dan gayat cuba kami lindungi, tidak kami tunjukkan demi menjaga perasaan dan tidak memburukkan keadaan.

Kami juga terpaksa turun dari kereta dan berjalan dalam malam yang gelap gelemat ketika Innova perlu meredah air sungai dengan aliran air terjun yang sangat hampir.

Sepatutnya trip adventure kami ini seharusnya dengan sebuah jip 4×4 bukan sebuah kereta Innova. Si ejen itu benar-benar mahu kaut keuntungan. Apalah nasib kami andainya kereta Innova itu tidak dapat menghadapi jalan yang tak sekata dan licin dan pemandu kami tidak cekap?

Ya Tuhan….. Alhamdulillah setelah melalui detik detik yang mencemaskankan, cuak dan pucat lesi, kami berjaya sampai di Dragon guest house pada pukul 9.30 malam.

Kami difahamkan ini adalah kali pertama kereta Innova naik sampai ke sini. Kami disambut dengan sekumpulan lelaki yang mabuk sedang mengelilingi unggun api. Tiada orang lain kecuali kami 5 orang wanita di tengah lembah, selain kaum Gypsy yang sesekali melalui di situ.

Hati makin cuak, line telefon pun tiada. Tetapi nasib tukang masak di situ sudi membenarkan kami menggunakan hotspotnya. Sempat Abby mesej keluarga memberitahu lokasi Abby dan kawan-kawan. Tidak cukup dengan keletihan dan kecuakan pendakian ngeri kami ke Magic Valley, kami diberitahu tiada eletrik pada malam ini (sebenarnya telah beberapa bulan tiada eletrik).

Pelbagai persoalan menerjah fikiran kami, ditambah pula guest house yang sangat menakutkan, sunyi, botol arak bersepah di tanah. Candu berpintal di atas meja. Hanya tawakal dan kami berserah kepada Allah sahaja. Ketika masuk ke bilik, Abby mencari-cari kalau ada senjata yang boleh di gunakan andai berlaku apa-apa kepada kami.

Tiada apa-apa untuk pertahanan kami. Yang Abby nampak adalah tingkap kaca. Kaca sahaja untuk pertahanan. Itupun 50/50 percaturan hidup dan mati kami. Membayangkan malam itu kami hanya berlima di perkampungan 7 lelaki yang mabuk dan penanam candu, agak lama untuk melelapkan mata. Tidur kami bertemankan ketakutan dan kesejukan.

Di hati sentiasa mengingati Allah dan memohon perlindungan. Waktu itu baru teringat kata-kata ejen gila itu. “You want adventure, I will give you adventurous 100%.”  Terasa bersalah kerana kesilapan memilih ejen. Bersalah kerana mempertaruhkan nyawa dan keselamatan kami berlima. Allahurabbi.

Baca: Ini Yang Jadi Bila Aku Kena Scam Semasa Travel Di India

scam-di-india-11

scam-di-india-12

scam-di-india-13

scam-di-india-14

scam-di-india-15

scam-di-india-17

scam-di-india-16

scam-di-india-18

scam-di-india-19

scam-di-india-20

scam-di-india-21

scam-di-india-22

scam-di-india-23

Diajak hisap candu

28.9.2017 Khamis: Pagi yang hening bersama pemandangan yang sangat cantik, kami terlupa seketika ketakutan semalam. Kami dibawa menaiki jip ke Cotagranhan Mountains, Magic Valley. Lebih kurang 30 minit kami menaiki jip dan kemudian perlu trekking selama satu jam. 4 orang dari kami mengikuti seorang jurupandu hutan untuk bergambar.

Abby tinggal di kaki lereng bukit bersama 3 lagi lelaki yang ikut serta. Abby nampak mereka menggumpal seakan daun di dalam kertas dan membakarnya. “U want hashist?” Tanya mereka. Abby geleng kepala. Setengah jam kemudian mereka sudah macam lalok.

Kerisauan Abby kepada mereka yang ikut jurupandu. Risau mereka dibawa kemana. Alhamdulillah tidak ada apa-apa. Jam 1 petang kami pulang ke guest house untuk checkout. Katanya Piyush akan datang lagi 30 minit tapi seperti biasa kami ditipu lagi. Sehinggalah jam 5 petang dia datang dengan pelbagai alasan.

Jam 6 petang kami menaiki jip dan perjalanan seterusnya bermula. Setiap detik sewaktu kami di sini sangat menakutkan, dan ketakutan ini tidak berhenti apabila pemandu jip ini (pemandu Phagal) tiba-tiba sahaja berhentikan jipnya di tepi gaung dan ada jalan kecil seperti lorong untuk ke Nihrang Valley.

Dan Piyush tanpa sebarang riak serba salah memaksa kami trekking ke Nihrang Valley untuk bermalam di sana. Bayangkan untuk ke Nihrang Valley kami perlu hiking selama 40 minit pada waktu malam.

Aduh… Kami mungkin gila adventurous tetapi tidaklah sampai nak membahayakan nyawa. Kata Piyush, Nihrang valley hanya cantik waktu malam sahaja untuk hiking, padahal gambar yang ditunjuk olehnya semuanya hiking pada waktu siang. Nihrang Valley sebenarnya tempat penanaman ganja terbesar di Himachal.

Dan yang nyatanya Abby menjadi lagi cuak apabila si Piyush bagitahu, Nihrang Valley tiada dalam Google Map. Benarlah telahan, rupanya sepanjang malam di situ, adalah bersama penanam ganja. Kami memang tidak sanggup untuk mengambil risiko lagi dan buat keputusan nekad untuk bermalam di bandar walaupun Piyush tidak setuju.

Sesi bertekak untuk mendapat wang kembali atau menghantar ke bandar antara Abby dan Piyush membuahkan hasil. Akhirnya Piyush bersetuju untuk menguruskan penginapan kami di bandar. Hanya Allah yang tahu perasaan kami ketika itu. Lima wanita dengan 10 lelaki yang akan berpesta arak di Nihrang Valley.

Lebih kurang jam 9.30 malam kami sampai di Kullu Guest House. Seperti yang dijangka Piyush memberi penginapan murah dan kurang selesa untuk kami. Dan lagi sekali kami ditipu olehnya, dia hanya menyewakan satu bilik sahaja untuk kami berlima tanpa makan malam.

Atas belas ihsan, kami juga bersetuju agar pemandu Mr Golu juga diberi penginapan dan makanan. Besar jasanya menjaga keselamatan kami selama trip ini. Walau kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri 500 Rupee seorang, tetapi itu lebih baik dari berkemungkinan menjadi mangsa mereka.

Dan yang paling jahat, si Piyush memberi salah seorang dari kami gulungan seperti rokok utk dibawa pulang. Nasiblah si drebar Golu mengingatkan itu barang merbahaya dan salah. Barulah kami tahu itu ganja.

scam-di-india-24

scam-di-india-25

scam-di-india-26

scam-di-india-27

scam-di-india-28

Perjalanan berakhir

29.9.2017
Checkout. Bertolak ke Chandigarh airport, terbang ke New Delhi kemudian balik ke KL.

Buat anda yang membaca kisah kami ini, niat Abby hanya mahu satu. Abby mahu anda lebih berhati-hati bila travel ke India. Jangan mudah percaya dengan gambar yang dimuat naik oleh ejen di Instagram.

Juga, sentiasa berdoa agar keselamatan kita dijaga. Sesungguhnya tiada tempat mahupun makhluk lain yang dapat melindungi kita, kecuali yang maha Esa. 

Berguru dengan pengalaman lebih baik daripada berguru dengan penglihatan. Walaupun ini bukanlah pengalaman yang kami mahukan tapi biarlah menjadi pengajaran untuk kami lebih berhati-hati. Priceless experiences.
Anda boleh tonton sebahagian perjalanan menakutkan ini di video di bawah.

 

Baca lagi: Bagaimana Kami Jadi Mangsa ‘Scammer’ Professional Sewaktu Travel Di India