Di sebuah kota Los Banos, terletak kira-kira 63 kilometer dari tenggara Manila. Tinggal seorang wanita bernama Dambie Reyes Estremos yang bekerja sebagai pemungut sampah.

Wang belanjanya untuk hidup seharian hanya dengan menjual apa yang dia jumpa di antara timbunan gunung sampah di daerah Timugan. Kalau rezekinya baik, Dambie berjaya memperoleh sekitar 1,000 peso atau lebih kurang RM85.00 setiap minggu bagi menyara dia dan empat anaknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun kini, nasibnya kurang baik. Sejak kerajaan Filipina melaksanakan penguncian di seluruh pulau Luzon pada 16 Mac lalu, yang bertujuan untuk menghalang penyebaran wabak COVID-19, nasib baik Dambie tidak lagi bersamanya. Bukan sahaja dia, malah semua pekerja pengutip sampah di Filipina telah kehilangan sebahagian besar pendapat mereka.

2A29C62300000578-3148193-Dangerous_Children_in_the_Philippines_are_risking_their_lives_to-a-11_1435912665033
Daily Mail

Dambie bercerita kepada DW bahawa dia sebenarnya masih boleh mengutip sampah, tetapi tidak dibenarkan untuk menjualnya lagi. Oleh itu, dia tidak punya pilihan lain melainkan mengumpulkan sebanyak mungkin sampah. Dengan harapan, suatu hari nanti dia boleh menjualnya.

Cuma pada waktu-waktu yang penuh ujian kali ini, pendapatannya hilang dan dia tidak dapat membeli apa-apa untuk mengisi perut kosong empat orang anaknya yang lain.

Dambie perlukan beras, kopi dan gula bagi melawan keletihan bekerja seharian. Dia juga meminta pihak berkuasa tempatan untuk mengedarkan topeng muka, sarung tangan dan vitamin kepada dia dan semua pemungut sampah yang lain. Dia merungut selepas kerajaan Filipina telah mengeluarkan arahan untuk mewajibkan penggunaan topeng muka di luar rumah.

Cerita Dambie ini mungkin dilihat kecil, namun secara statistiknya, lebih 11 juta pekerja dan pencari nafkah di sektor tidak rasmi telah terancam pendapatan selepas arahan penguncian dikuatkuasakan.

656028
The Star Online

Kata Yayasan IBON – sebuah kumpulan penyelidik di Filipina. Semua kedai dan jenis perniagaan yang dianggap “tidak penting” mesti ditutup sepanjang tempoh penguncian. Akibatnya, pekerja tidak mahir hilang sumber pendapatan.

Tambah mereka lagi, memang terdapat beberapa sektor tidak rasmi yang masih dibenarkan untuk bertugas – pegawai keselamatan dan pegawai penyelenggaraan. Namun bagi mereka, perintah penguncian sedikit sebanyak telah menyukarkan pekerjaan mereka apabila ada yang sukar mencari pengangkutan awam untuk sampai ke tempat kerja mereka.

Melisa Serrano, pengarah Pusat Keadilan Buruh, Universiti Filipina, mengatakan banyak yang terpaksa menggunakan simpanan terhad mereka, atau meminjam wang, atau terpaksa bertahan dengan apa sahaja yang tersisa.

Penduduk yang tinggal dikawasan kumuh di kota-kota besar di Filipina masih menunggu bantuan makanan yang dijanjikan oleh kerajaan, namun pengedarannya dilaporkan tertangguh.

4000
The Guardian

Penduduk yang tinggal di sekitar Sitio San Roque di Kota Quezon pernah turun ke jalan raya bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka apabila bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan tidak sampai.

Bagi Sherillyn Raga, sebagai penyelidik kanan di Institut Pembangunan Luar Negara yang berpusat di London, pakej ransangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan Filipina hanya dapat membantu sekitar 4 juta keluarga dan pekerja miskin yang telah diberhentikan kerja.

Namun bagi beliau, masih terdapat sekitar 13.8 juta orang miskin – kebanyakannya bergantung kepada sektor informal – belum mendapat bantuan.

Bagi golongan miskin ini, mereka tidak akan menolak perintah penguncian jika bantuan kecemasan dapat diagihkan dengan cermat dan tepat pada waktunya. Namun apa yang terjadi sekarang adalah tidak ada pertolongan, tidak ada makanan, tidak ada cara untuk meneruskan hidup bagi golongan miskin.

Hanya ada satu jalan buat mereka, kekal bertahan biarpun pinggan masih kosong.

Setakat hari ini, Filipina mencatatkan lebih 8,000 kes COVID-19. Manakala lebih 500 orang telah dilaporkan meninggal dunia.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19 di Filipina, klik pautan di bawah.

Kandang Anjing Jadi Penjara Buat Individu Yang Melanggar Perintah ‘Lockdown’ Di Filipina

Warga Emas Di Filipina Ditembak Mati Kerana Ingkar Perintah ‘Lockdown’

Presiden Filipina Arah Polis Tembak Mati Mereka Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’

Sumber