Setelah terperangkap selama 18 hari di dalam gua, akhirnya kesemua 12 pelajar dan jurulatih mereka akhirnya dibawa berjaya keluar. Setiap mereka yang terperangkap dibawa keluar dengan penuh berhati-hati dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Pada awalnya misi menyelamat ini dijangka berlarutan sehingga 4 bulan telah tamat dalam 18 hari sahaja. Semuanya disebabkan kecekapan pasukan penyelamat dalam membuat keputusan pantas dan mencari cara terbaik untuk menyelamatkan kumpulan ini.

Namun di sebalik semua ini, tugas menyelamat akan menjadi lebih sukar jika tiada komunikasi antara dua belah pihak. Salah seorang remaja yang terperangkap, Adul Sam-on berusia 14 tahun adalah seorang pelajar pintar dan juga mahir dalam sukan bola sepak.

Ketika dua penyelam pertama berbangsa British menemui kumpulan pelajar ini, Adul adalah yang bertama berkomunikasi dengan penyelama ini kerana rakan-rakannya yang lain tidak fasih berbahasa Inggeris. Skil berbahasa Inggeris inilah yang memudahkan komunikasi antara dua pihak.

Apabila mereka dapat berkomunikasi, pasukan penyelamat dapat mengetahui keadaan semasa kanak-kanak berkenaan dan dapat mengetahui sama ada mereka sedang lapar, sakit dan lain-lain.

Menurut laporan New York Times, Adul dilahirkan di dalam keluarga yang miskin dan buta huruf di sempadan Myanmar. Keluarga Adul mahukan anak-naknya mendapat pengajian yang baik dan berjaya di masa hadapan.

Adul

Jadi di usia 6 tahun, mereka berpindah ke Thailand untuk memudahkan Adul belajar. Beliau adalah satu-satunya anak daripada 5 adik-beradik yang mendapat peluang untuk belajar.

Adul juga adalah seorang pelajar yang bijak. Beliau bukan sahaja fasih dalam berbahasa Inggeris, tetapi juga bahasa Thai, bahasa Burma, Mandarin dan juga bahasa Wa.

Kebolehan dapat berbahasa pelbagai bahasa inilah yang memudahkan misi menyelamat kumpulan yang terperangkap ini. Kebolehan berbahasa ini sangat penting ketika ditanya oleh pasukan penyelam untuk mereka mengetahui keadaan semasa setiap pelajar.

Semoga kisah Adul ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Dalam kita memartabatkan bahasa ibunda, bahasa asing juga sangat penting untuk kita pelajari. Andai kita berdepan situasi seperti ini di masa akan datang, kebolehan bertutur bahasa lain ini semestinya akan membantu.

Sumber