Sumber utama bagaimana sesebuah kelab bola sepak eropah mampu memperoleh untung hasil daripada pembelian pemain adalah daripada 4 sumber utama. Pendapatan jualan jersi, pemilikan hak imej, penajaan pasukan dan penyiaran perlawanan.

Sebagai contoh, Cristiano Ronaldo dibeli pada harga £86 juta oleh Real Madrid pada 2009. Pada tahun pertama Ronaldo bermain, Real Madrid berjaya menjana £100 juta pendapatan daripada jualan jersi sahaja. Peratusan pembahagian pendapatan jualan jersi untuk Real Madrid dikatakan antara 10% – 15% yang diterima setiap tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Ronaldo-transfer
Cristiano Ronaldo sewaktu pengumuman rasmi sebagai pemain Real Madrid

Dan hingga kini Cristiano Ronaldo masih menjadi mesin pencetak wang bagi Real Madrid dengan jualan jersi beliau pada tahun 2016 sebagai kedua tertinggi selepas Lionel Messi.

Dari segi pemilikan hak imej pula, setiap kali Cristiano Ronaldo menjadi duta produk atau imejnya digunakan oleh mana-mana entiti, Real Madrid akan memperoleh 50% dari pendapatan yang dijana.

Tidak cukup sekadar itu, memandangkan Cristiano Ronaldo adalah pemain berprofil tinggi, secara tidak langsung imej dan nilai Real Madrid turut meningkat. Dengan imej dan nilai tinggi ini, Real Madrid boleh berunding untuk menaikkan jumlah penajaan dari penaja-penaja serta jumlah pembayaran hak penyiaran perlawanan.

NeymarGoal

Setakat ini, Neymar merupakan bintang bola sepak yang memegang rekod perpindahan tertinggi didunia. Harga pembelian beliau adalah sekitar £198 juta. Dalam pada itu, PSG sudah mula mengutip keuntungan sedikit demi sedikit melalui penjulan jersi. Dikhabarkan, lebih 10,000 jersi PSG beserta nama Neymar dibelakang telah terjual pada hari pertama sebelum Neymar diperkenalkan secara rasmi.