Kesukaran sesebuah kelab untuk meraih sokongan dari komuniti kawasan merupakan suatu masalah besar bagi kelab bola sepak yang mempunyai visi dan misi untuk mara lebih jauh.

Hari ini, Vocket FC membawakan kisah bagaimana sebuah kelab J2 League, Avispa Fukuoka FC bermula sehingga berada ditahap sekarang dan apa hubung kaitnya dengan komuniti kawasan atau dikenali dengan ‘hometown’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Diasaskan Di Fujieda

Kelab ini diasaskan pada 1982, dengan menggunakan nama Chuo Bohan FC oleh para pekerja syarikat keselamatan Chuo Bohan di Fujieda, Shizuoka 145km dari Tokyo.

Mereka berjaya beraksi dalam saingan divisyen 2 Japan Soccer League (JSL) pada 1991, seterusnya menyertai divisyen 2 Japan Football League (JFL) pada 1992 dan divisyen 1 pada 1993.

chuo bohan fujieda blux fc
Jersi pertama Chuo Bohan Fujieda Blux FC

Atas keinginan untuk menyertai saingan J.League yang baru ditubuhkan ketika itu, mereka telah melakukan beberapa perubahan termasuk menukar nama, Chuo Bohan Fujieda Blux FC, mengikut komuniti kawasan mereka.

Sokongan Komuniti Yang Rendah

Selepas cuba untuk memiliki sebuah kelab berasaskan komuniti seperti syarat yang ditetapkan oleh J.League, Chuo Bohan Fujieda Blux merasakan mereka tidak mampu untuk meraih sokongan penduduk Shizuoka ketika itu.

tiket bola jepun
Chuo Bohan Fujieda Blux FC

Ini adalah kerana saingan yang cukup tinggi dari 2 lagi kelab dalam prefecture yang sama iaitu Jubilo Iwata dan Shimizu S Pulse. Kedua-dua kelab ini telah berjaya mendominasi majoriti sokongan penduduk Shizuoka, dan akhirnya telah memaksa pihak pengurusan Chuo Bohan Fujieda Blux FC membuat keputusan drastik.

Berpindah Mencari Komuniti Baru

Tahun 1994, pihak pengurusan telah memutuskan untuk mencari ‘pangkalan’ baru demi menghidupkan kelab dan membantu membangunkan bola sepak Jepun.

Mereka telah memilih Fukuoka sebagai pangkalan baru dan penduduk Fukuoka juga pada ketika itu sangat teruja untuk memiliki sebuah kelab bola sepak profesional yang beraksi dalam J.League.

Ini adalah PRIDE mereka!

OB-OB

Nama kelab sekali lagi ditukar kepada Fukuoka Blux FC dan mengesahkan status sebagai J.League Associate Members.

Dengan bantuan Hugo Maradona, adik lagenda bola sepak Argentina Diego Maradona, Fukuoka Blux FC berjaya muncul juara saingan JFL Championship 1995 dan layak ke saingan J.League musim 1996.

Musim Pertama Dalam J.League

Demi mengelakkan tuduhan salah guna trademark, Fukuoka Blux FC menukar nama apabila masuk musim pertama J.League kepada Avispa Fukuoka FC dan kekal sehingga sekarang.

Avispa Fukuoka telah beberapa kali naik turun divisyen J1 dan J2 League sejak dari 1996 sehingga sekarang.

Musim 2017 ini, mereka berada ditempat ke 3 J2 League dan akan beraksi dalam Play-Off untuk layak layak ke J1 League 2018.

level 5 stadium

Selepas 35 tahun penubuhan, kini mereka mempunyai stadium sendiri di Hakata yang diberi nama Level 5 Stadium dan menjadi PRIDE penduduk Hakata City khususnya dan Fukuoka umumnya.

Terdapat beberapa buah kelab lagi yang mempunyai sejarah yang sama seperti Avispa Fukuoka, dimana mereka terpaksa berpindah mencari komuniti penyokong untuk ‘survival’ kelab.

Salah satu contoh lagi adalah Hokkaido Consadole Sapporo (Toshiba Horikawa-cho Soccer Club) yang berasal dari Kawasaki, Kanagawa.

Mereka berhijrah dari Kawasaki ke Sapporo kerana desakan penaja Toshiba yang tidak mengiktiraf Kawasaki sebagai ‘hometown’ kerana dominasi Verdy Kawasaki ketika itu.

Kini Verdy Kawasaki telah berpecah kepada Tokyo Verdy berpangkalan di Chofu, Tokyo dan yang kekal di Kawasaki hanya Kawasaki Frontale sehingga kini.