Apabila kita mengembara ke sesebuah negara mahupun sesuatu kawasan, pasti terlintas dipemikiran kita berkenaan pemandangan yang cantik, makanan yang enak serta budaya masyarakat setempat. Tetapi, pernahkah terlintas difikiran kita untuk membina hubungan ataupun berkawan dengan masyarakat dunia?

Di dalam kita seronok menggembara di serata dunia, kita seharusnya sedar akan kepentingan untuk menjadi jambatan untuk membina hubungan dengan orang ramai tanpa mengira latar belakang mahupun warganegara seseorang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahukah anda, sebenarnya dengan membina hubungan dengan pelbagai manusia dari bermacam ragam dan latar belakang adalah proses untuk kita menjadi seorang yang lebih yakin di masa akan datang?

photo_2019-04-16_13-17-52

photo_2019-04-16_13-18-11

Dengan belajar untuk berkomunikasi dengan bermacam jenis manusia serta berlainan budaya, kita akan melihat dunia dengan perspektik yang lebih luas daripada yang sebelumnya.

Saya mengambil contoh seperti diri saya sendiri. Sejak kecil hingga umur saya 18 tahun, saya sebenarnya seorang yang sangat pemalu hinggakan keluarga saya agak risau dengan sikap “malu” yang ada pada diri saya ini. Namun, semuanya berubah apabila saya mula bergaul dengan pelbagai manusia yang terdiri daripada bermacam jenis dan ragam sewaktu di zaman ketika bergelar pelajar universiti.

Kemudian, apabila umur saya 24 tahun, saya mula menggembara ke dunia luar seorang diri sehingga sekarang. Saya dapati, dunia ini terlalu luas dan terlalu ramai manusia yang sedang menanti untuk kita berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.

Benar, agak sukar untuk kita memulakan perbualan dengan orang yang tidak bertutur bahasa yang sama dengan kita, tetapi sebenarnya ia tidaklah sesusah yang kita sangkakan selama ini. Asalkan kita berani untuk membuka mulut untuk memulakan sesebuah perbualan, ia adalah permulaan bagi segala-galanya.

Jika saya melihat kembali diri saya 10 tahun yang lalu dan diri saya yang sekarang, ia seperti dua individu yang berlainan ideologi mahupun personaliti. Berdasarkan pengalaman saya, boleh saya katakan bahawa sebenarnya keyakinan diri boleh dilatih sedikit demi sedikit. InsyaAllah, suatu masa nanti sikap malu tersebut boleh dikurangkan dan keyakinan diri akan bertambah.

photo_2019-04-16_13-17-57

photo_2019-04-16_13-18-06

photo_2019-04-16_13-18-23

Dikala kita asyik dengan menangkap gambar yang menarik, makanan yang sedap mahupun pemandangan yang indah ketika waktu penggembaraan kita di negara lain, mengapa tidak kita menggunakan peluang yang ada untuk membina hubungan atau mencari rakan baharu? Mungkin ramai terlepas pandang perkara ini, tidak mengapa. Ia masih belum terlambat untuk kita memulakan perkara tersebut.

Tidak dinafikan bahawa dikalangan kita semua, pasti akan ada perbezaan dan berlainan pendapat, tetapi anda akan mula mengetahui bahawa sebenarnya persamaan diantara kita sesama manusia adalah lebih banyak berbanding perbezaan yang selama ini kita sangkakan.

Kembara dan carilah rakan dari pelbagai latar mahupun pelbagai negara, kerana mereka sedang menanti untuk anda berkenalan dengan mereka.

photo_2019-04-16_13-18-33

photo_2019-04-16_13-18-37

photo_2019-04-16_13-18-42

photo_2019-04-16_13-18-15

photo_2019-04-16_13-18-19

photo_2019-04-16_13-18-02