Mengikut statistik yang dibekalkan worldometer, Itali sehingga kini mencatatkan 115,242 kes positif COVID-19 dengan 13,000 daripadanya berakhir dengan kematian.

Nombor itu menjadikan Itali antara negara yang paling terkesan dengan penularan pandemik yang bermula daripada China itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Capture

Melihat kepada angka yang begitu tinggi, sudah pasti punca dan bagaimana mereka boleh mendapat jumlah jangkitan yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan negara lain sentiasa menjadi ‘buah mulut’ masyarakat mereka.

Tidak ketinggalan dalam memberikan pendapat bagaimana virus itu merebak dengan cepat adalah Datuk Bandar Bergamo, Giorgio Gori yang bersetuju bagaimana satu perlawanan bola sepak bertukar menjadi malapetaka buat mereka.

“Jika benar apa yang diperkatakan bahawa virus itu sudah pun merebak di Eropah sejak Januari, maka ada kemungkinan juga 40,000 penonton Stadium San Siro ketika itu saling dijangkiti virus itu antara satu sama lain,” kata beliau.

“Selain itu, orang ramai juga berkumpul di rumah dan bar untuk menyaksikan perlawanan itu,” katanya.

Ketika itu, wabak tersebut sudah mula tersebar di serata dunia dan rakyat Itali seperti kita ketahui sebelum ini mengambil sikap sambalewa dengan tidak menghiraukan amaran yang dikeluarkan

Perlawanan itu adalah antara kelab tempatan Atalanta dan kelab Sepanyol dalam saingan Liga-Liga Juara-Juara Eropah yang berlansung di San Siro, kota Milan, Itali.

FBL-EUR-C1-ATALANTA-VALENCIA
Atalanta’s Italian goalkeeper Pierluigi Gollini (L) and teammates acknowledge the public at the end of the UEFA Champions League round of 16 first leg football match Atalanta Bergamo vs Valencia on February 19, 2020 at the San Siro stadium in Milan. (Photo by Vincenzo PINTO / AFP)

Dakwaan tentang perlawanan itu menjadi salah satu punca kepada merebaknya virus COVID-19 di negara itu pada asalnya dikemukakan oleh Luca Lorini, seorang ketua unit rawatan rapi Giovanni Hospitali XXII di Bergamo.

“Saya pasti 40,000 orang yang berpeluk dan berciuman antara satu sama lain dalam jarak satu sentimeter melakukannya sebanyak empat kali ketika itu kerana Atalanta menjaringkan empat gol.

“Itulah yang menjadi antara punca utama penularan wabak ini, kata beliau.

Menguatkan lagi dakwaan beliau, satu pertiga pemain daripada skuad Valencia ketika itu disahkan positif COVID-19 manakala penjaga gol Atalanta menjadi pemain pertama disahkan positif virus itu.

Seperti kita ketahui, bola sepak adalah merupakan sukan kebanggan rakyat Itali dan mereka juga pernah memenangi Piala Dunia pada 2006. Malah beberapa kelab terbesar dari Eropah juga berasal daripada negara itu.

Maka tidak mustahil jika rakyat mereka sebelum ini tidak mengendahkan ancaman COVID-19 dan masih berkumpul semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak.

Bagaimanapun, kemenangan besar 4-1 Atalanta ke atas Valencia itu pasti akan sentiasa diingati rakyat mereka sebagai ‘kekalahan’ terbesar dalam perjuangan menghadapi COVID-19 pada 2020.

Baca perkongsian lain kami mengenai COVID-19 dan sukan di seluruh dunia sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Ketua Pengarah WHO Guna Analogi Bola Sepak Untuk ‘Melawan’ Pandemik COVID-19

Bos Formula 1 Red Bull Mahu Pelumba Sengaja ‘Dijangkiti’ COVID-19 Supaya Lebih Bersedia

UEFA Tunda Semua Perlawanan Liga Juara-Juara Dan Liga Europa Disebabkan COVID-19