Pandemik COVID-19 yang melanda negara ternyata memberikan impak kepada bukan satu mahupun dua, tetapi kepada semua sektor yang ada di seluruh dunia. Sektor pendidikan merupakan antara salah satu sektor yang terjejas.

Tidak terlintas dan juga tidak pernah berlaku dalam sejarah, di mana semua sekolah di Malaysia dan majoriti negara di dunia terpaksa ditutup serentak disebabkan penularan COVID-19.

Apabila kejadian ini berlaku, negara bergantung kepada kekuatan kerajaan pentadbiran. Bagaimana mereka menanganinya menentukan hala tuju sesebuah negara itu dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Mari kita lihat apa antara cabaran dan cara KPM menangani masalah ini.

Sesetengah sekolah masih dibuka walaupun di zon merah – Macam mana KPM tentukan?

kpm sekolah ditutup
Kredit gambar: Bernama

Banyak komen di media sosial berteka-teki bagaimana KPM tentukan sama ada sekolah itu perlu ditutup atau tidak. Untuk pengetahuan anda, pihak KPM sentiasa berkerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan lebih persetujuan bagi hal-hal yang berkaitan dengan COVID-19.

Apabila keputusan untuk membuka kembali sesi persekolahan dibuat, pihak KPM telah pun bersiap sedia dengan garis panduan yang terperinci sekiranya kes meningkat secara mendadak dalam waktu singkat.

kpm2

Selain KKM, KPM juga sentiasa mendapatkan maklum balas daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kesemua jawatankuasa pengurusan bencana negeri. Perkara yang wajib anda tahu ialah, corak dan cara penyebaran kes yang terjadi adalah berbeza-beza. Oleh itu, kaedah yang digunakan untuk menangani kes-kes tersebut juga berbeza.

Sebab itulah kadang-kadang anda lihat walaupun sesuatu kawasan itu berada dalam kategori red zone, sekolah di tempat tersebut tidak ditutup kerana keadaan masih lagi lagi terkawal.

YB Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan buat lawatan mengejut di 64 buah sekolah

kpm7

Untuk melihat sendiri keberkesanan dan bagaimana satu-satu sekolah melaksanakan SOP COVID-19 di sekolah, YB Dr. Radzi Jidin sendiri turun padang secara mengejut untuk melihat bagaimana ia dilaksanakan.

Beliau pergi tanpa memaklumkan sesiapa pun, guru besar dari sekolah-sekolah tersebut juga tidak dimaklumkan. Satu hari boleh sehingga 9 buah sekolah dilawati dan ianya ternyata berkesan.

kpm10

Hasil pemerhatian beliau mendapati sekolah-sekolah tersebut mengikuti segala SOP yang telah ditetapkan. Good job guru Malaysia!

Momentum pelajar-pelajar agak menurun. Namun,

kpm6

Cabaran yang paling besar ialah apabila pihak KPM mendapati bahawa hasil penguasaan setiap pelajar itu berbeza-beza apabila mereka belajar di rumah. Ini kerana terdapat pelajar yang tidak mendapat akses penuh internet malahan ada yang tidak mempunyai peranti yang sesuai untuk belajar secara dalam talian.

kpm11

Berada dalam situasi pandemik, pilihan solusi yang ada sangat-sangat terhad. KPM menyelesaikan masalah ini dengan bantuan guru-guru di Malaysia, di mana terdapat guru-guru yang menghantar kerja rumah tersebut ke rumah pelajar-pelajar walau di mana mereka berada.

Ada yang jelajah sehingga 13 kampung hanya untuk membantu muridnya supaya tidak ketinggalan. Memang penuh dedikasi para guru di Malaysia.

Kenapa hari Rabu dipilih untuk memulakan persekolahan?

kpm4

Kami tahu ramai yang pelik kenapa sekolah dibuka kembali pada hari Rabu? Kenapa tidak tunggu hari Isnin sahaja? Tetapi benar biarkan mereka yang profesional buat kerja sebab jawapan yang kami dapat memang tidak dijangka.

Setiap keputusan yang dibuat pihak KKM adalah berdasarkan strategic planning. Hari Rabu dipilih sejurus mendapat green light daripada pihak KKM kerana ia terletak di pertengahan minggu. Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti kes memuncak secara tiba-tiba atau SOP yang digunakan tidak sesuai dan sebagainya, sekolah dapat ditutup secara naturally iaitu pada hari minggu. Jadi, takkan ada sebarang gangguan untuk sesi persekolahan tersebut.

Segala cabaran diatasi dengan cepat dan selamat

kpm9

Ini antara cabaran pihak KPM alami sepanjang pandemik berlangsung dan cara-cara yang dilakukan untuk menangani pandemik ini sememangnya wajar diberikan pujian dan yang paling penting menerima sokongan umum.

Pandemik ini bukanlah sesuatu yang dijangka dan seluruh dunia masih lagi bertungkus lumus memikirkan cara untuk melawan virus ini. Namun begitu, terima kasih kepada KPM yang telah berjaya menangani dan menyediakan garis panduan yang selamat untuk digunakan dalam masa yang singkat.

KL02_03062020_PANDUAN
Kredit gambar: Bernama

Sehingga kini KPM tanpa henti memberikan yang terbaik dan sentiasa mengkaji sekiranya terdapat kaedah lain yang boleh digunakan untuk sistem pendidikan di Malaysia supaya persekitaran pembelajaran buat murid-murid di sekolah sentiasa terjaga dan selamat. Terima kasih warga pendidik!

Baru-baru ini, seorang penyelidik di UPM telah berjaya menghasilkan jaket kalis peluru diperbuat daripada pelepah kelapa. Baca lagi pada pautan di bawah.

Berupaya Gantikan Kevlar, Penyelidik Hasilkan Jaket Kalis Peluru Guna Pelepah Kelapa

Capai Kejayaan Cemerlang Di Luar Negara, Ini 5 Tokoh Rakyat Malaysia Yang Mungkin Anda Tidak Kenali