Sesiapa sahaja yang melangkah ke KFC pasti mahu memesan ayam goreng lazat di sini. Ianya satu ‘mimpi buruk’ kepada restoran KFC jika mereka tidak dapat menjual ayam goreng kepada pelanggan. Itulah yang terjadi di KFC cawangan England ketika ini. Mereka tiada ayam goreng untuk dijual.

KFC di England baru-baru ini menukar pihak pembekal dan mereka berdepan masalah logistik bekalan ayam segar buat sementara waktu. Disebabkan itu, mereka kini tiada stok ayam untuk digoreng dan menyebabkan mereka tiada produk untuk dijual di restoran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ianya menyebabkan ramai pelanggan yang kecewa kerana tidak dapat memesan ayam kegemaran mereka kerana tiada ayam untuk digoreng dan dijual. Walaupun berdepan kerugian kerana tidak beroperasi buat sementara waktu, pihak perhubungan awam KFC tidak panik tetapi hadir dengan satu iklan permohonan maaf yang simple tetapi epik.

KFC Iklan

KFC meminta maaf dengan iklan ini. “A chicken restaurant without chicken. It’s not ideal.” Selain meminta maaf, mereka turut berterima kasih dengan sokongan yang diberi pelanggan dan berharap semua dapat bersabar sehingga mereka menyelesaikan masalah ini.

Yang paling win sebenarnya adalah ejaan KFC pada iklan ini. Ejaan ‘KFC’ ditukar menjadi ‘FCK’. Ianya bukannya Photoshop dan KFC mahu ejaannya jadi sebegitu. Di dalam kekusutan, mereka tetap mahu menambah senyuman kepada pelanggan setia mereka.

https://twitter.com/ElaineDMoore/status/966987080181174272

Ianya satu cara yang hebat tentang bagaimana KFC mengendalikan krisis ini. Mereka tidak menyalahkan supplier kerana lambat menyediakan stok ayam yang baru. Mereka cari cara untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik iaitu dengan membuat pengumuman kepada semua dengan elemen humor di dalamnya.

Rakyat Britain sukakan humor seperti ini dan iklan ini sedikit sebanyak meredakan kekecewaan dan kemarahan mereka kepada KFC. Good job KFC! Kami juga sukakan iklan anda ini.

Sumber