Kit Kat merupakan antara coklat bar yang popular di serata dunia yang dicipta oleh Rowntree di United Kingdom sebelum dibeli oleh Nestle pada 1988. Antara perasa yang boleh didapati di Malaysia ialah susu, dark dan white coklat. Kebelakangan ini pasaran Malaysia mula dipenuhi dengan produk Kit Kat import dari Jepun gara gara populariti Kit Kat di Jepun.

Kit Kat memasuki pasaran Jepun pada 1973 dan dikenali dengan perasa perasa yang pelik seperti wasabi, sake, green tea, puding, gula perang, cinnamon dan lain lain. Pengurus pemasaran Kit Kat Jepun, Ryoji Maki patut diberi kredit di atas populariti Kit Kat di sana kerana keupayaannya untuk mencipta ramuan sendiri. Maki sendiri mengakui mereka mahu terus mencipta perasa yang pelik untuk pengguna Jepun dan mempelbagai produk seperti Kit Kat croissant.

kit-kat-5_trans_NvBQzQNjv4Bqeo_i_u9APj8RuoebjoAHt0k9u7HhRJvuo-ZLenGRumA

Populariti Kit Kat di Jepun boleh dikaitkan dengan faktor budaya dan tradisi masyarakat di sana sendiri. Pemberian makanan manis merupakan satu budaya Jepun dan Kit Kat dengan perasa tempatan dijadikan alternatif kepada makanan makanan tradisional. Nama Kit Kat yang mirip kepada perkataan “kitto kattsu” yang membawa maksud “anda pasti menang”, merupakan satu simbol “good luck” kepada orang orang tempatan.

Menurut Nestle jualan di Jepun telah meningkat 50 peratus antara tahun 2010 dan 2016 sehingga membuka kedai khas “Chocolatory” di Ginza, Tokyo tahun ini untuk peminat peminat coklat di mana anda boleh mendapatkan kesemua perasa Kit Kat dan juga buat sendiri perasa Kit Kat anda. Dengan populariti coklat bar semakin meningkat, kita boleh menjangkakan pelbagai lagi produk Kit Kat dengan perasa perasa pelik akan hadir di bumi matahari terbit itu.

cough-drop-flavored-kitkats-japan-01

Sumber